Nak Beriadah Tapi Takut Membazir, Jom Ikut Tips Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Beriadah pada waktu petang sememangnya mampu merehatkan minda yang terbeban dengan kerja. Malah ia adakah kegiatan pada waktu lapang yang membantu menyihatkan tubuh badan. Ramai orang yang suka melakukan riadah pada waktu petang mahupun pada hujung minggu. Namun begitu, jika anda suka beriadah di taman-taman, peluang untuk membazir ketika beriadah ini adalah tinggi.

Terutama jika anda yang suka membawa anak-anak pergi ke taman permainan mahupun taman rekreasi. Ini kerana, anak-anak akan mudah terpengaruh dengan apa yang mereka lihat terutama jika di sekitar tempat tersebut ada terdapat pelbagai jualan.

Sekali dua mungkin boleh anda berikan peluang tapi jika terlalu kerap pasti ia akan mengganggu pengurusan kewangan anda. Jadi bagaimana anda perlu atasi perkara ini?



1. Bawa bekalan sendiri.

Apabila anda keluar berseorangan mahupun bersama anak-anak, jangan lupa untuk mambawa bekalan sendiri. Tidak kiralah walaupun hanya sebotol air kosong, ia pasti akan membantu anda untuk berjimat. Jika miliki anak-anak boleh lah anda membawa sedikit kudapan untuk mereka nikmati sepenjang di luar.

                        

2. Jangan mudah melayan nafsu.

Biasanya apabila sudah penat melakukan senaman, anda akan mudah teringin akan sesuatu perkara walaupun sekadar air minuman yang menghilangkan dahaga anda. Adalah lebih baik sekiranya anda jangan terlalu melayani nafsu anda. Bahkan cuba untuk alihkan fikiran anda akan perkara tersebut.

3. Tetapkan fokus anda.

Anda perlu tetapkan fokus anda di mana anda berada di situ untuk melakukan riadah bukannya untuk menikmati makanan yang terjual di situ. Cuba untuk lakukan aktiviti anda sehingga selesai sebelum anda terpengaruh dengan lebih jauh akan perkara yang mengganggu anda.

                     

4. Segera pulang apabila sudah selesai.

Apabila anda sudah selesai dengan aktiviti yang mahu dilakukan, segera untuk pulang ke rumah dan jangan berniat untuk berhenti di mana-mana. Fikirkan bahawa anda sudah penat dan mahu segera pulang ke rumah. Jika tidak anda mungkin mensia-siakan senaman dan kewangan anda.

5. Bawa wang dengan jumlah yang sedikit.

Adalah lebik sekiranya anda tidak membawa sebarang wang ketika sedang beriadah. Jika anda lakukan perkara ini, maka lebih mudah anda untuk mengawal niat untuk berbelanja malah anda segera mengabaikan apa yang anda lihat. Tapi jika miliki anak-anak, mungkin anda perlu sediakan jumlah wang yang akan sedikit.

Ramai yang malas untuk beriadah pada waktu petang kerana mahu risau sekiranya mereka akan melakukan perbelanjaan walaupun sedikit, tapi mungkin tips di atas ini akan membantu anda.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen