Walaupun Jimat, 8 Makanan Murah Ini Mampu Bekalkan Tenaga Juga.


Pada masa kini, semuanya mahu berjimat. Berjimat selagi boleh, sehingga makan pun perlu catu. Akhirnya mengakibatkan kesihatan anda terjejas. Namun, jika anda mampu berjimat dan masih tidak mahu kelaparan, cuba antara 8 makanan di bawah ini…

1. Roti.

Ramai yang takut makan roti, kerana ia menggemukkan terutamanya golongan wanita. Jadi pilihlah roti wholemeal, RM3.50 boleh bertahan lebih lama daripada roti biasa. Sekurang-kurangnya 5-6 hari selagi tidak berkulat. Roti amat diperlukan ketika anda mahu berjimat, namun masih lagi boleh kenyang kerana kandungan karbohidrat dan fiber.

Roti boleh dimakan begitu sahaja bagi mereka yang pemalas, atau…

  • Dengan kaya, jem, margerin…
  • Dengan telur.
  • Sandwich tuna.
  • Roti bakar.

Image result for roti
Kredit Foto: TribunNews

Setiap pagi sarapan begini pun, sudah mengenyangkan dan jimat!

2. Roti Canai.

Dah bosan makan sandwich setiap pagi, nak tukar selera pula… cuba roti canai, RM1.20. Tidak sesuai untuk mereka yang mahu berdiet, namun seminggu sekali apa salahnya.

Related image
Kredit Foto: Kuali

3. Nasi lemak dan kuih-muih.

Setiap pagi sebelum pergi kerja, singgah mana-mana gerai tepi jalan yang anda tahu untuk membeli nasi lemak dan kuih-muih. Tidak digalakkan untuk beli terus di restoran kerana harga yang lebih mahal berbanding di gerai tepi jalan.

Image result for nasi lemak dan kuih-muih
Kredit Foto: TryNotLaugh

Nasi lemak biasa RM3.00 dengan kuih-muih 2 ketul RM1. RM4 untuk sarapan dan makan tengah hari sahaja sekiranya, makan nasi lemak pada waktu pagi masih lagi mengenyangkan.

4. Telur.

Telur juga antara makanan yang anda boleh jimat seperti roti. Beli 1 papan, boleh tahan sekurang-kurangnya seminggu. Malah, boleh dimakan dengan pelbagai cara seperti..

Related image
Kredit Foto: OpenSnap

  • Telur dadar.
  • Talur mata.
  • Telur rebus.
  • Telur separuh masak.
  • Roti telur pun sedap.

5. Coleslaw.

Nak makan sayur pula, cuba untuk hidangkan coleslaw. Hanya bermodalkan mayonis, kubis dan lobak merah, anda mampu hasilkan coleslaw sendiri. Walaupun hanya ala kadar, coleslaw mampu alas perut anda ketika waktu malam. Boleh disimpan dalam peti sejuk, kemudian boleh sambung esok malam pula.

Related image
Kredit Foto: DearCrissy

6. Semua jenis makanan sejuk beku.

Anda sememangnya mampu jimat sekiranya mempunyai peti sejuk di rumah. Segala makanan sejuk beku dapat disimpan dengan lama (jika cara simpan yang betul), tidak berbau dan mudah dimasak. Seperti sosej, nugget,  daging burger, daging atau ayam cincang, dan kentang.

Image result for nugget
Kredit Foto: SpruceEats

Makan pada waktu petang, sedap juga…

7. Pelbagai jenis biskut.

Beli terus satu pek biskut yang besar yang berharga sekurang-kurangnya RM14. Untuk anda seorang, sudah pasti ia dapat tahan lama berbulan-bulan. Apabila sudah bosan dengan aneka makanan atau menu diatas, sekali-sekala makan biskut kering cicah milo/kopi, okay juga.

Image result for biskut kering
Kredit Foto: Blog

8. Nasi + kicap manis + telur goreng.

Sebagai anak melayu, memang sukar kalau satu hari tak makan nasi. Tapi nak berjimat juga. Kadang-kala makanan simple seperti nasi bajet juga apa kurangnya. Pasti dapat membuka selera. Nasi panas, telur goreng campur kicap, fuh!

 Image result for nasi bajet shah alam
Kredit Foto: Info

Selamat Mencuba!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen