“Tak Buat Apa-Apa, Tapi Asyik Letih…” Jom Lihat 6 Sebab Ini.

Badan sentiasa lesu, sering menguap keletihan, mata sembap, fizikal dan mental anda seolah-olah tiada tenaga, padahal anda rasa tidak kerahkan banyak tenaga pula. Seperti biasa pergi dan pulang dari pejabat, jumpa rakan sekerja, hujung minggu jumpa kawan-kawan dan keluarga, atau pun bersendirian. Semuanya dijadikan sebagai rutin.

Tetapi anda masih penat, lelah dan letih walaupun masih berusia muda…

Kenapa ini terjadi? Jom lihat 6 sebab ini…

1. Mengambil kira setiap perkara secara peribadi.

Sudah lumrah sebagai manusia, kita mempunyai tahap sensitiviti yang berlainan. Padahal rakan-rakan anda atau ahli keluarga hanya mahu bergurau senda sahaja, namun anda sering take it personally. Sampai ke hati, kemudian merajuk. Mudah kata, anda ini adalah seorang yang mudah sentap, walaupun ianya hanya gurauan semata-mata.

Apabila semua perkara terlalu serius, tanpa hadirnya hiburan dan gelak tawa dalam hidup anda, tidak hairanlah anda sentiasa berasa keletihan.

2. Memperbesarkan masalah yang kecil.

Hal ini sering berkaitan dengan golongan wanita, kerana hanya golongan wanita sahaja yang suka merumitkan segala keadaan. Namun, ada sahaja segelintir lelaki yang suka memperbesarkan masalah kecil ini. Sebagai contoh, isu whatsapp, seperti..

  • Blue tick.
  • Tiada emoji.
  • Haha tak cukup panjang.
  • Mana ‘I Love You’?.

3. Masih tenggelam dengan perkara lampau.

Ini berkenaan dengan individu yang tidak boleh move on dengan kisah silamnya. Bukan sekadar tak boleh move on dengan bekas kekasih, malah tak boleh move on dengan kawan baiknya dulu pergi meninggalkannya, orang yang pernah dibenci, orang yang pernah membuat masalah dengannya juga.

Apabila semua perkara ini sering terngiang-ngiang di minda, secara tidak sedar ia mampu meletihkan mental anda. Dan automatik, badan juga menjadi letih dan tidak boleh fokus pada kerja di pejabat atau assignment di kolej.

4. Mengeluh dan mengadu setiap masa.

Hal ini bukan empunya diri sahaja yang merasa letih dan penat, orang sekeliling yang melihat pun turut penat juga. Tak habis-habis merungut, mengeluh dan mengadu. Umpama setiap masalahnya langsung tiada solusi dan penyelesaiannya.

Macam mana tak letih? Sekiranya setiap kerja yang dilakukan, setiap saat merungut, tapi tangan tak berjalan pun untuk selesaikan kerja.

5. Berlebihan berfikir (overthinking).

Hal ini juga sering dikaitkan dengan wanita dimana golongan ini suka sangat overthinking, padahal ia hanyalah perkara yang simple sahaja. Seolah-olah mampu berfikir untuk masa hadapan pula. Belum terjadi, tapi sudah berimaginasi. Cuba fokus apa yang terjadi pada hari ini.

Sebagai contoh untuk hari pernikahan..

“Macam mana kalau saya kahwin dengan awak hari ni, tiba awak accident, awak jadi cacat…”

Takutlah pasangan anda tu nanti. Sampai bila-bila tak kahwin, eh?!

6. Cuba untuk memenuhi kehendak semua orang.

Dan yang penting adalah, ‘Mind Your Own Business’. Memang benar anda perlu ambil berat tentang insan lain seperti ahli keluarga dan sahabat baik. Namun, sekiranya hanya memenuhi kehendak orang lain sahaja, sehingga memudaratkan diri sendiri pasti letih. Bukan hanya letih sahaja, kesihatan badan pun akan terjejas. Macam mana?

Selamat Beramal!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen