Seorang Suami Yang Matang Memiliki 5 Ciri-Ciri Ini.

Secara lahiriahnya, sering kita mendengar dan terlihat, lelaki lambat matang dari seorang wanita. Ini dapat dilihat dari segi perubahan pemikiran, termasuklah perubahan dari segi fizikal juga. Menurut kajian pula, kaum wanita mencapai usia matangnya pada umur 30 tahun, lelaki pula lambat sekitar 10 tahun iaitu pada umur 40 tahun. Wah!

Jadi, adakah seorang wanita perlu menunggu jejaka yang melamarnya betul-betul matang? Atau ketika pada usia yang boleh digelar ‘Andartu’?

Bak kata pepatah, ‘Kehidupan lelaki sebenarnya bermula pada usia 40 tahun’

Namun sedemikian, kematangan seseorang bukanlah terletak pada usianya semata-mata, akan tetapi pengalaman hidup yang telah diharungi bertahun-tahun. Maka, seorang suami yang matang adalah apabila…

1. Prioriti terhadap keluarga.

Kebiasaannya, pada kaum wanita yang mahu mencari bakal suami, pasti dinasihatkan agar mencari seorang lelaki yang mementingkan keluarganya, kerana kelak dirinya juga akan terjaga. Ini kerana suami yang matang dan melatakkan prioriti terhadap keluarga akan ralat untuk melihat keluarganya terbiar, apatah lagi apabila melihat isteri dan anak-anaknya tidak terjaga.

Apabila sebelum berkahwin sudah mementingkan ibu bapa dan adik-beradik, setelah berkahwin pasti tidak ingin melihat isteri dan anak-anak terabai.

2. Bertanggung jawab.

Seorang suami yang bertanggung jawab adalah seorang suami yang matang dalam mengendalikan masalahnya. Bertanggung jawab dalam apa jua situasi menyebabkan dirinya tidak cepat melatah atau melenting. Malahan, apabila berlakunya satu kesilapan, dan ditegur silapnya, cepat-cepat mengaku salah dan bertanggung jawab mengendalikan kesilapannya itu.

Bukannya lari daripada masalah!

3. Tidak mementingkan diri.

Apabila sudah berkahwin, pasangan suami isteri memang perlu menanamkan sikap untuk mengambil berat antara satu sama lain, bukannya mementingkan diri semata-mata untuk kepuasan sendiri. Sikap ini juga penting untuk lihat tindakan atau kelakuan suami anda apabila berdepan di khalayak orang ramai seperti..

Tidak meletakkan kereta di halaman rumah jiran….

Tidak membuat bising ketika cuba membaiki kereta atau motor…

Tidak menanam pokok atau tanaman yang lain sehingga ke halaman rumah sebelah…

Dan sebagainya….

4. Mempunyai keyakinan diri.

Hal ini anda boleh lihat ketika suami di rumah anda sendiri apabila berhadapan dengan ibu/bapa mertuanya, atau pun pada mana-mana majlis. Ada para isteri yang tidak kisah apabila suaminya begitu clingy sehingga tidak boleh berkomunikasi dengan orang lain. Asyik nak melekat je. Dengan ibu/bapa mertua pun berasa kekok.

Namun, apa pula pihak luar yang memandang, kan?

Apabila sudah berkahwin, memang perlu bijak dan perlu ada keyakinan diri untuk mendekatkan diri dengan ahli keluarga pasangan, supaya tidak berasa kekok malah tidak menjadi kecaman.

5. Tidak ketagih bermain game.

Dan ini yang paling penting pada masa kini, iaitu tidak ketagih bermain game. Tidak salah pun bermain game, namun biarlah bertempat dan lihat situasi ketika itu. Jika isteri dah macam rupa ‘perempuan tak siap’ dengan anak-anak terabai, jangan pula leka bermain game sehingga tidak bertanggung jawab ke atas keluarga.

Semoga Bermanfaat dan Selamat Beramal!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen