Isteri Yang Terbaik Adalah Membantu Suaminya Menjadi Yang Terbaik Dengan Mengikuti Tips Ini.

 Pada masa kini, memang jelas kelihatan perkahwinan yang dilayari oleh pasangan suami isteri menjadi lebih tertekan jika dibandingkan dengan pada zaman dahulu. Kebarangkalian situasi ini terjadi kerana teknologi yang semakin berkembang maju. Teknologi adalah salah satu punca yang menyebabkan para suami dan isteri suka membanding-bandingkan antara satu sama lain.

Bukan sahaja membandingkan taraf hidup, malah suka mencari perbandingan apa yang tiada pada pasangan.

Sikap yang suka membuat perbandingan ini membuatkan perhubungan manusia yang tidak sihat, termasuklah dalam hubungan rumah tangga. Sepatutnya apabila ingin isteri yang baik suami perlu menjadi baik terlebih dahulu, begitulah sebaliknya.

Seorang pemimpin, pasti ada pembantunya. Begitulah dalam kehidupan rumah tangga, seorang suami memerlukan isterinya dalam membantu menjalankan tanggung jawab sebagai suami dan isteri.

Antara tips para isteri harus ingati adalah:

INGATKAN SUAMI UNTUK MENJADI ANAK LELAKI YANG BAIK.

Lelaki yang mampu menjadi suami yang baik adalah lahir dari kalangan keluarga yang baik. Malah mempunyai latar belakang yang baik, termasuklah dalam aspek ilmu agama juga. Didikan agama dan akhlak yang baik pada anak lelaki ini, mampu menjadikan mereka pemimpin yang hebat pada masa akan datang.

Oleh itu, para isteri perlu ingatkan si suami untuk bertanggung jawab pada kedua ibu bapa nya dahulu seperti….

1. Sentiasa bertanya khabar kedua ibu bapa melalui panggilan telefon, atau pun whatsapp.

Jangan lah sekiranya ibu atau bapa si suami menghubungi, kemudian si isteri mengangkat panggilan tersebut dan mengatakan bahawa suaminya sibuk. Padahal si isteri mahu bermanja-manja dengan suaminya.

2. Sentiasa melawat dan melihat keadaan kedua ibu bapanya.

Jangan jadi batu api sehingga suami tidak balik ke kampung halaman untuk bersalaman, memeluk dan mencium tangan kedua ibu bapanya sendiri.

3. Sentiasa membeli barang keperluan ibu bapa.

Apabila pulang ke kampung halaman beli la barang keperluan rumahnya iaitu barang keperluan dapur, bilik mandi, barang masak, dan sebagainya. Jangan pula asyik ingatkan suami beli barang anda sahaja.

JANGAN SENTIASA SALAHKAN SUAMI 100% JIKA GAGAL MENDIDIK.

4. Sentiasa ingatkan suami untuk mendidik isterinya dengan baik.

Jangan pula asyik nak salahkan suami kerana gagal mendidik isterinya. Kadang-kala isteri juga perlu bermuhasabah diri untuk saling ingat-mengingati antara satu sama lain.

“Awak kan pemimpin, awak lah yang kena didik dan bimbing saya…”

Perkahwinan adalah SALING MELENGKAPI ANTARA SATU SAMA LAIN.

5. Sentiasa ingatkan suami untuk ingatkan isteri menutup aurat.

Kadang-kala para suami memang terlepas pandang tentang aurat si isteri kerana segelintir daripada mereka kurang ilmu tentang agama. Maka, si isteri jangan buat-buat tidak tahu tentang perkara ini sehingga menyatakan…

“Suami aku tak kisah aku macam ni, orang lain jangan sibuk…”

Padahal, si suami pun kurang ilmu agama. Jadi, para suami dan isteri haruslah belajar dan persiapkan diri bersama-sama dengan ilmu agama ini. Jangan mempersiakan kehidupan tanpa ilmu agama yang cukup di dada.

Oleh sebab itu, keluarga adalah institusi pertama dalam perhubungan manusia. Pasangan suami isteri yang bakal menjadi ibu bapa, adalah orang pertama untuk mendidik anak perempuan dan lelaki sama adil supaya mereka mengetahui peranan isteri dan suami yang sebenar.

Apabila si suami sentiasa diingatkan untuk menjadi anak lelaki yang terbaik, secara tidak langsung akan menasihati anak lelakinya juga menjadi seorang suami yang baik kelak. Ini akan menjadi contoh dan teladan pada anak lelaki dari kecil juga.

Maka para isteri harus berbakti untuk keluarga dan redha dengan ketentuan-Nya, supaya suami mudah berubah hati menjadi suami yang terbaik. Jangan jemu berdoa kesejahteraan suami kepada-Nya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen