Wahai Pengantin Baru, Jangan Lakukan 5 Perkara Ini Di Saat Berbulan Madu.

Oleh: Zuzu Yasmine

Berbulan madu sememangnya saat yang manis buat mereka yang telah menjadi suami isteri yang sah. Ada yang telah merancang pergi ke luar negara, dalam negara bahkan ada juga yang telah menempah hotel yang mana. Begitu teruja mereka yang masih milik aura pengantin baru untuk pergi ke honeymoon ini.

Untuk pastikan saat bulan madu anda itu akan menjadi lebih manis dan diingati, terdapat beberapa perkara yang tidak boleh anda lakukan, agar tidak menghancurkan momen-momen indah saat bulan madu. Bulan madu adalah perkara yang menyeronokkan buat anda dan pasangan bukannya anda pulang dengan hati yang hampa pula nanti.





1. Jangan berbulan madu dengan duit pinjam atau hutang.

Pergi berbulan madu dengan hari yang gembira tapi apabila pulang pening kepala memikirkan hutang yang banyak. Elakkan perkara seperti ini. Terutama jika anda pergi ke luar negara kerana mahu sama seperti orang lain tapi apabila pulang anda miliki hutang yang banyak. Lebih baik tak payah berbulan madu jika ia buat pening kepala sahaja.



2. Sibuk bermain dengan telefon bimbit.

Telefon bimbit hanya akan menjarakkan hubungan anda sahaja. Walaupun anda sibuk ingin memuat naik gambar di media sosial, adalah lebih elok jika anda tidak lakukannya ketika bersama pasangan. Lebih baik anda berbulan madu di rumah sahaja jika hendak bermain telefon bimbit. Pada ketika ini nikmati suasana di tempat itu agar kalian akan berasa romantis.



3. Jangan takut untuk cuba pengalaman-pengalaman baru.

Selagi perkara tersebut tidak membahayakan anda dan pasangan anda lebih elok jika anda mencubanya. Bukan apa perkara ini akan menjadi kenangan malah anda mungkin akan melakukannya sekali seumur hidup. Jadi biarkan momen seperti ini akan menjadi kenangan yang sentiasa segar difikiran anda.



4. Jangan lupa untuk menikmati makan bersama di bilik penginapan anda.

Jangan terlalu sibuk untuk mencari makan di luar sehingga anda tiada masa untuk berdua. Cuba untuk duduk di bilik sepanjang hari dan memesan makanan melalui perkhidmatan yang disediakan. Tetapi jangan terlalu kerap pula ye.



5. Jangan selfie berseorangan.

Sangat rugi jika anda pergi berbulan madu tapi anda tidak mengambil gambar berdua. Jangan takut untuk meminta bantuan orang lain. Selepas ini mereka tidak akan bertemu ada lagi. Jika anda tidak mahu mengganggu orang lain, apa kata anda gunakan tripod supaya dapat gambar berdua serta pemandangan yang ada.

Pergi menikmati bulan madu adalah satu langkah terbaik untuk anda dan pasangan menjadi lebih mesra dan rapat antara satu sama lain. Bukan itu sahaja, tujuan kalian untuk meluangkan masa lebih banyak selepas berkahwin jadi jangan kerana punca kecil anda pulang dengan kehibaan atau pergaduhan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen