"Nak Berubah Jadi Baik Pun Susah, Nak Istiqomah Lagi Lah Susah..." - Yatt Hamzah.

Oleh: Zuzu Yasmine

Berhijrah ke arah yang lebih baik itu sememangnya digalakkan, namun untuk kekal dalam penghijrahan itu bukanlah satu yang mudah. Mana tidaknya, setiap dari hamba Nya tidak akan lepas dari ujian, begitu juga mereka-mereka yang lakukan penghijrahan.

Dalam penghijrahan yang lebih baik, untuk terus istiqomah adalah satu perkara yang agak mencabar. Di mana, iman manusia ini sentiasa turun naiknya. Jika tidak kuat, penghijarahan itu akan mudah terhenti di situ.

Pelakon, Yatt Hamzah berkongsi isi hatinya di Instagram miliknya mengenai bukan mudah untuk kekal dalam keputusan selepas berhijrah. Walaupun terpaksa meninggalkan dunia glamor bahkan perlu sentiasa beristiqomah dalam bertudung, namun itulah keputusannya yang tidak akan berubah.

Tetapi, untuk kekal dalam keputusan tersebut bukanlah satu yang mudah. Sedikit panduan yang dikongsi oleh beliau bagaimana dirinya menangani rasa terumbang ambing yang pernah dirinya lalui sebelum ini.





"Ramai sangat yang tanya, "Macam mana boleh Istiqomah lepas Hijrah?" "Susah tak nak istiqomah?" JAWAPANNYA, NAK BERUBAH JADI BAIK PUN DAH SUSAH. NAK ISTIQOMAH LAGI LAH SUSAH.

Tu belum lagi masuk yang bertanya masa awal-awal dulu, "Tak sayang ke dunia glamour?""Ada tak rasa nak buka tudung balik?"

Allahu, dalam mimpi pun saya tak rela, tak sanggup. Wallahi.

Benar kata-kata Ulama, nak berubah kena kuat. Kena berkorban. Terlalu banyak pengorbanan. Kalau tak Hijrah dulu, pasti masih ligat dengan dunia hiburan lagi sekarang. Pasti masih lagi hanyut dan leka.

Alhamdulillah Allah sayang, Allah bantu hamba-hambaNya yang benar-benar serius dan tekad nak berubah. Berubah kerana Allah semata-mata, bukan sebab lain. Tiada motif lain. NO, tak boleh ada motif lain melainkan LILLAHITAALA.



Cara Yatt Hamzah kekal beristiqomah.

Caranya? Seriously tak mudah. Tapi buat sikit-sikit, pelan-pelan janji selalu buat. Mantain buat. 1st yang saya buat dulu. Cari kawan-kawan yang Soleh Solehah. Bila ada dengan dia orang memang akan ikut style dia orang. Betul kata Nabi SAW, akhlak kita ditentukan oleh akhlak kawan kita. Cara fikir, cara cakap, cara pakai, cara tulis mereka memang terkesan pada kita. Kalau boleh nak jadi sama baik atau lebih baik dari mereka. Prof Muhaya kata, tak ape berlumba-lumba dan bersaing dalam soal kebaikan. Ada dengan mereka ni, hati tenang, jaga solat, jaga Quran, jaga lisan, selalu ke masjid, cari ilmu. Memang confirm akan istiqomah selagi kita bersama dengan mereka ni. Sebab kita akan saling tegur dan mengingatkan teguran Allah.

So cari kawan Soleh Solehah ni dulu. Tak perlu ramai dapat satu pun jadilah. Kalau dah jumpa jaga mereka ni betul-betul sampai bila-bila, jangan pernah lepaskan. Sebab kebaikan-kebaikan lain akan menyusul satu-satu. Carilah. Percayalah. In Shaa Allah.



Hijrah dan istiqomah memang tak mudah tapi jangan pernah Mengalah.

The moment kita Mengalah, SYAITAN IBLIS DAH MELOMPAT GEMBIRA, MISI MENYESATKAN DAH TERCAPAI. JALAN KE SYURGA DAH KEMBALI SAMAR.


Doakan kita semua kuat. Berubah jadi lebih baik dan ajak ramai lagi jadi baik bukan pandang rendah dan kondem orang sesuka hati. Gunakan the POWER OF LOVE yang Nabi SAW ajar. Sama2 nak masuk Syurga kan.

PANDANG DENGANN MATA LEBAH, BUKAN LALAT."

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen