Kenapa Pentingnya Pengaruh Seorang Bapa Kepada Anak Lelaki? Jom Baca.

Hubungan kekeluargaan yang harmoni dan seimbang adalah apabila adanya kedua ibu bapa, dan mempunyai sebilangan adik-beradik. Jika tiada antara salah satu ini, ia akan menyebabkan suasa keluarga yang tidak seimbang, dan agak sukar untuk dikendalikan. Seperti situasi ibu atau bapa tunggal dimana mereka mampu untuk uruskan keluarga, namun perlukan lebih kekuatan fizikal dan mental.

Jadi, amat penting sekiranya di dalam keluarga tersebut adanya kehadiran ibu atau bapa, dan antaranya ialah seorang bapa kepada anak lelaki. Kenapa pentingnya pengaruh seorang bapa kepada anak lelaki?

1. Mengelakkan kecelaruan identiti pada anak lelaki.

Pada masa kini, kecelaruan identiti dalam masyarakat seolah-olah sudah menjadi kebiasaan, malah seperti tidak dapat dibendung lagi. Sudah tentu ia menjadi kebimbangan para ibu bapa dalam mendidik anak-anak. Oleh itu, amat penting sekiranya seorang bapa dapat mempengaruhi minda anak lelaki mereka sejak dari kecil lagi, supaya anak-anak tahu punca kecelaruan identiti.

Sekiranya seorang bapa gagal rapat dengan anak lelaki mereka sejak dari kecil, kemudian mudah pula terpengaruh dengan saudara yang lebih rapat atau rakan sebaya, pasti sukar untuk seorang ayah untuk kembali pengaruh anak lelaki mereka.

2. Untuk memastikan anak membesar dalam suasana lelaki.

Anak lelaki perlu tahu apa itu ‘suasana lelaki’. Bapa perlu memberitahu dan mendidik anak lelaki bahawa pembentukan mereka amat berbeza dengan anak perempuan. Bukan sahaja pembentukan melalui fizikal, malah dari segi percakapan dan emosi juga.

Jadi, sekiranya hadir seorang ayah dalam kehidupan anak lelaki, pastikan mereka mengetahui bahawa:

  • Tentang aurat lelaki
  • Anak lelaki memakai kain pelikat dan songkok/kopiah, bukannya telekung.
  • Anak lelaki tidak memakai barang solek.
  • Anak lelaki tidak bermain dengan anak patung.

3. Untuk anak mengenal pasti aktiviti lasak lelaki.

Dengan kehadiran seorang bapa juga, amat penting untuk anak-anak lelaki bermain dan terdedah dengan aktiviti lasak. Ini bukan untuk mengajar mereka menjadi agresif semata-mata, akan tetapi untuk mereka mengetahui aktiviti lasak yang melibatkan fizikal akan mengajar mereka menjadi seorang pemimpin yang kuat.

Tidak lah lemah dan mudah menjadi mangsa buli nanti.

4. Untuk mendidik anak bahawa bahagian sulit mereka tidak boleh disentuh oleh orang lain.

Berkenaan dengan hal ini, apabila tibanya usia dimana anak lelaki mula menjadi malu dengan ibunya sendiri pasti sukar untuk ibu mendidik. Walhal anak lelaki yang sudah ke sekolah pun malu dicium oleh ibu, inikan pula untuk mengajar tentang bahagian sulit. Jadi, disini amat penting pengaruh bapa kepada anak lelaki mereka.

Jika mereka sudah pada usia baligh, sudah tentu mereka mempunyai ‘kaunselor’ iaitu bapanya sendiri untuk meminta nasihat nanti. Malah, seorang bapa perlu mengajar bahawa bahagian sulitnya tidak sepatut disentuh oleh orang lain nanti terdedah pada pencabulan.

5. Untuk menerapkan sifat kepimpinan kepada anak lelaki.

Dan yang paling penting adalah untuk mengajar anak lelaki bahawa sifat pemimpin itu adalah pada seorang lelaki. Lelaki bukannya pengecut sehingga mahu wanita yang memimpin mereka pula. Terutamanya dalam hubungan keluarga, namun jangan pula menjadi gila kuasa dengan ‘title’ sebegini. Adanya gelaran ‘kepimpinan’ untuk mendidik anak lelaki menjadi ketua yang dihormati dan disanjungi kelak, bukannya ketua yang ditakuti dan digeruni.\

Selamat Beramal!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen