7 Layanan Kecil Dari Seorang Suami Yang Boleh Bahagiakan Isterinya.

Apabila sudah berkahwin, kebanyakan para suami terlupa untuk menjadi seorang lelaki yang romantik sepertimana di awal percintaan dahulu dengan isterinya. Oleh sebab tu, ramai sahaja para isteri yang mula rasakan perkahwinannya mulai hambar, tertekan dan tidak bahagia. Namun, tidak ramai dikalangan suami mampu untuk memberi layanan kecil kepada isteri yang boleh membuatkan mereka bahagia.

Bukan sahaja isteri yang merasa bahagia, si suami pun akan turut rasa gembira dan ceria. Para suami sering terlepas pandang dengan layanan kecil ini kerana hanya menganggap isteri mahu duit perbelanjaan dan rumah yang selesa sahaja. Akan tetapi, apa yang para wanita mahukan juga adalah perhatian seperti…

1. Mencium ubun-ubunnya ketika mahu ke pejabat.

Seperti situasi pada akad nikah, begitu juga yang isteri mahukannya setiap hari. Jika para suami dapat melakukannya pada setiap kali mahu ke pejabat, isteri akan rasa dihargai dan tidak dilupakan. Barulah semangat dan tidak tertekan untuk membuat sesuatu kerja. Mencium ubun-ubun atau pada dahi isteri juga menandakan suami tidak boleh melupakan isteri.

2. Usap kepala/rambut ketika isteri bersalaman.

Apabila isteri bersalaman dengan suami, usaplah rambut dan kepalanya. Pergerakan kecil ini mampu mencuit hati kecilnya. Jika suami sentiasa melakukan perkara ini, ia menandakan suami amat mengambil berat tentang isterinya. Takut jika terjadi apa-apa yang tidak diingini pada isteri kesayangan.

Bukannya lepas sahaja isteri bersalaman, terus pergi ke pejabat tanpa memegang dirinya atau bertentangan mata.

3. Meminta sesuatu dengan sopan.

Lumrah seorang lelaki apabila meminta sesuatu pasti akan berkata-kata kasar dan laju, seolah-olah tiada perasaan, dan merasakan isterinya juga tiada perasaan. Jadi, setiap kali ada permintaan untuk isteri tunaikan, mintalah secara baik dan sopan. Jangan lupa dengan perkataan ‘Tolong’ juga, barulah isteri hormati suaminya kelak.

Jangan main jerkah isteri sahaja.

4. Membuat sesuatu kejutan kecil secara spontan.

Kadang-kala isteri bukan mahukan kejutan yang besar-besar seperti ketika ulang tahun perkahwinan, hari jadi dan sebagainya. Ataupun hadiah seperti tiket penerbangan ke bulan madu, gelang/cincin/rantai emas dan sumpama dengannya.

Kadang-kala isteri mahukan kejutan

“Abang ada beli kuih ni…”

“Tadi nampak kek kegemaran awak, so abang beli lah…”

“Awak pening? Mari abang picitkan bahu/kepala..”

Bukannya “Ouh awak pening kepala, pergi la makan ubat, nanti elok la…”

5. Pamerkan reaksi apabila isteri mula bercerita.

Kaum lelaki juga sukar atau jarang untuk pamerkan reaksi muka ketika isteri mula bercerita. Anggap sahaja anda di dalam drama sinetron, jika isteri bercerita tentang cerita sedih, pamerkan riak wajah yang sedih, jika cerita gembira, pamerkan keseronokan, jika cerita geram atau marah, anda juga sama-sama pamerkan riak wajah yang geram.

Tapi jangan lah over sangat, nanti isteri ingat anda membuat lawak pula.

6. Sentiasa tanya.

Kalau masa bercinta selalu bertanya soalan yang simple seperti “Awak makan apa hari ni?” “Awak makan kat mana?” “Kerja hari ni okay?”…

Jadi amalkan juga selepas berkahwin. Pertanyaan simple ini juga boleh bahagiakan seorang wanita..

  • “Awak ada masalah hari ni?”
  • “Awak dah makan belum?”
  • “Awak diet ke?”
  • “Awak ada duit tak?”
  • “Awak nak beli apa?”

7. Pandang matanya.

Bila dah berkahwin, pasangan suami isteri terlupa untuk memandang mata antara satu sama lain, kerana merasakan ia tidak penting. Padahal ia adalah pergerakan yang amat penting untuk menyuntik perasaan cinta kembali. Kalau suami selalu buat begini pada isterinya, pasti isteri akan tersipu-sipu malu. Sama seperti pada waktu bercinta.

Selamat Mencuba!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen