Latih Anak Lakukan 5 Perkara Ini Sebelum Tidur, Banyak Kebaikan Untuk Mereka.

Oleh: Zuzu Yasmine

Sewaktu masih kecil ini adalah masa yang paling sesuai untuk mendidik anak-anak dalam rutin hariannya. Ini kerana, anak-anak akan lebih mudah untuk menerima serta mengikutnya walaupun ia adalah perkara baru buatnya. Jika anda menantinya besar untuk memastikan segala rutin ini diikuti, ia agak sukar untuk mereka mengamalkannya.

Anak-anak yang masih kecil ini adalah peniru yang baik, maka dari sinilah anda boleh membiarkan dirinya meniru segala amalan harian anda agar ia menjadi kebiasaannya sehingga dewasa. Anak-anak yang berdisiplin lahir dari ibu bapa yang berdisiplin.

Biasanya rutin harian pada waktu malam adalah rutin yang penting. Ini kerana, jika anda tidak memastikan bahawa dirinya sentiasa melakukan rutin tersebut, ia mungkin akan membuatnya tidur lewat. Jadi apa yang perlu anda ajar kepada anak anda?





1. Berhenti bermain gadget.

Pastikan anak-anak anda sudah mula berhenti menggunakan gadget atau teknologi sebelum 1-2 jam sebelum tidur. Ini kerana, jika anda membiarkan anak-anak anda leka dengan permainan gadgetnya, ia akan membuatkan anak-anak anda tidur lebih lambat. Pastikan sebelum anda tidur, anak-anak anda sudah tidak lagi bermain dengan telefon bimbitnya, laptop mahupun televisyen.

Ini kerana, cahaya pada skrin gadget tersebut akan membuatkan anak-anak lebih sukar untuk tidur. Semakin lewat anak anda mematikan gadgetnya, maka semakin lewat dirinya akan tidur. Jadi anak-anak anda akan mengalami masalah untuk bangun awal pada keesokknya serta mereka juga akan kurang bertenaga untuk keesokan harinya.



2. Memberus gigi.

Satu rutin yang sering kali diabaikan oleh ibu bapa adalah memberus gigi sebelum tidur. Ini kerana, anak yang keletihan tidak akan dipaksa untuk memberus gigi. Amat penting jika anda melakukan ini setiap hari. Ini kerana, tabiat ini membantu gigi anak anda lebih terjaga dan bersih. Bukan itu sahaja, segala sisa makanan yang melekat pada gigi juga dapat dibersihkan dengan baik.



3. Membaca buku cerita.

Untuk memastikan anak lebih mudah tidur, membaca buku cerita akan membuatkan mereka ini lebih tenang dan mudah untuk lelap kerana melayani imaginasi mereka. Tidak cukup dengan itu, rutin ini juga membantu anak anda untuk tidak bermain dengan gadget mereka. Maka ini akan membuatkan anak anda tidur dengan lebih segera.



4. Saling bercerita.

Untuk mengeratkan hubungan antara anda dan anak, saling berkongsi cerita atau aktiviti harian sebelum tidur akan membuatkan anda dan mereka ini lebih akrab. Mana tidaknya, ibu bapa yang tahu segala aktiviti dan masalah anak akan membuat anak mereka ini lebih mudah untuk berkongsi segala perasaan yang dirasai olehnya. Maka di sini akan membuatkan anak-anak lebih berlapang dada untuk mendengar segala nasihat dan kata ibu bapa.



5. Pastikan tidak lapar.

Sebelum tidur pastikan anak-anak anda tidak berada dalam perut yang lapar. Pastikan mereka telah makan 1-2 jam sebelum tidur. Apabila anak tidak lapar, maka mereka ini akan tidur dengan lebih lena.

Mungkin sesetengah ibu bapa akan beranggapan bahawa 5 perkara ini nampak mudah, tapi sebenarnya ia mamberi kesan kepada anak-anak apabila mereka besar kelak. Perkara sebegini perlu mendapatkan didikan awal.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen