Ibu Ini Kongsi Didik Anak Simpan Duit Dengan Kalender Berpoket.

Oleh: Zuzu Yasmine

Orang kata nak melentur buluh biarlah dari rebungnya, di mana pada ketika itu ia masih lagi lembut dan muda lagi. Jika hendak dibandingkan buluh yang keras dan mudah patah. Jika hendak mendidik atau mendisiplinkan anak-anak sudah tentulah dari awal lagi, bukanya apabila sudah dewasa. Begitu juga dalam menanam sikap menabung dalam diri anak-anak.

Amalan menabung ini adalah satu perkara yang sangat sukar dilakukan sekiranya tidak mempunyai didikan atau kesedaran awal. Mana tidaknya, apabila sudah dewasa, nak lakukan perkara ini perlukan kesedaran yang tinggi, tapi apabila di didik dari awal pasti tiada masalah untuk melaksanakannya.

Berdasarkan perkongsian Puan Dharatun Nissa Fuad, beliau telah melatih anak-anaknya menyimpan wang menggunakan kalender berpoket. Perkara ini membantunya apabila besar nanti. Mari ikuti cara beliau melatih anaknya menguruskan duit.



Sejak dari abang darwisy 4 tahun sy dah start latih simpan duit, tapi hanya separuh jalan. Bila dah 5 tahun ni setakat ini saya masih istiqomah latih dia.



Setiap hari kalau dia pergi sekolah saya akan bekalkan duit belanja sebanyak RM1. Saya tahu dia tak perlu pun duit belanja tu, tapi niat saya ialah nak ajar apa nak buat dengan duit tu. Bila dia balik, saya akan letakkan duit tadi pada kalendar berpoket. So setiap hari dia akan kumpul tunggu sampai banyak dan akan masukkan dalam wallet dia.

Setiap hari juga saya pesan, kalau abang nak beli apa-apa kat shell abang kena guna duit abang, bukan duit mummy. Bila dia rasa nak beli 'something' kat shell saya akan tanya dia bawa wallet abang tak. Confirm lah dia tak bawa, mummy pun kena lah bebel dengan abang sebab tak bawakan wallet abang.. Penat katanya nak bawa wallet. So no money no shell..

The next day, abang darwisy bawa duit nak pergi shell. Ada RM5 hasil simpanan untuk 5 hari. Abang darwisy pilih 2 barang. Harga nya RM4.90. So baki tinggal sepuluh sen. Abang darwisy pandang mummy, kenapa duit abang tinggal ni je mummy.. Huhuhu..tulah, beli lagi benda mahal kan.

Sebagai ibu, saya perlu terangkan pada anak kegunaan duit tu, bimbang anak akan fikir dia sentiasa boleh dpt apa yang dia nak sebab mummy daddy boleh bayarkan. Latihlah anak untuk mengurus duit sejak dari kecil. Walaupun anak belum tahu mengira dengan tepat, sekurang-kurangnya anak belajar bagaimana untuk menggunakan duit dengan baik. InsyaAllah, belajar sikit-sikit lama-lama apa yang diajar anak akan jadi amalan dalam kehidupan mereka.

Bagi yang nak dapatkan kalendar berpoket ni boleh dapatkan di daiso. Semoga bermanfaat untuk semua. InsyaAllah.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen