Tanda-Tanda Anda Adalah Seorang Anak Yang Baik.

Menjadi anak yang baik adalah penanda anda dibesarkan dari suasana keluarga yang harmoni dan bahagia. Ia juga menandakan bahawa ibu bapa atau penjaga anda dapat mendidik anda menjadi seorang anak yang baik dan berguna untuk masyarakat.

Menjadi anak yang baik pada ibu bapa adalah impian setiap orang tua kita kerana mendidik anak-anak adalah satu tugas yang mencabar sebenarnya. Lebih-lebih lagi pada zaman kini, semuanya tidak lagi sama seperti pada zaman dahulu.

Jadi, tanda-tanda anda adalah seorang anak yang baik pada ibu bapa adalah dengan…

1. Menjaga Solat.

Solat merupakan tiang agama. Anda mampu menjaga solat dengan baik dimana solat di awal waktu dan tidak pernah meninggalkan solat. Ini menandakan didikan ibu bapa berkenaan dengan solat telah berjaya diterap dalam diri anda. Anda ingin mengukuhkan agama kerana mahu rumah sentiasa dihiasi dengan ta’lim, malah mahu mengukuhkan hubungan keluarga berlandaskan syariat.

Anda juga sering mengajak kedua ibu bapa untuk solat berjemaah. Malah kadang-kala ke masjid atau ke surau.

2. Tidak malu mengucapkan terima kasih atau kata-kata maaf.

Tanda anak yang baik adalah apabila tidak melawan sebarang kata-kata daripada ibu bapa. Ini kerana anda mengetahui bahawa setiap kata-kata ibu bapa bukan untuk mengguris hari anda dengan sengaja, tetapi untuk membentuk jati diri anda menjadi lebih kuat dan tabah hadapi ujian dari-Nya.

Di samping dengan tidak melawan kata, anda juga sering mengucapkan terima kasih apabila diberi nasihat, malah mengucapkan kata-kata maaf dengan cepat sekiranya membuat para ibu bapa terkilan hati.

3. Menghormat ibu bapa di khalayak orang ramai.

Anda juga tahu untuk menghormat ibu bapa anda juga. Menghormat ibu bapa bukan sahaja apabila bersendirian dengan mereka seperti menjaga tutur kata, perbuatan dan seumpama dengannya, malah apabila berada di majlis keramaian juga.

Sebagai contoh, anda sedaya upaya menjaga mimik muka jika tidak suka pada sesuatu sekiranya ibu bapa membuka isu yang anda tidak suka. Mungkin tentang perkahwinan dan seumpama dengannya.

“Anak bila nak kahwin tu?..”

“Entah lah dia tu, pasangan pun tak ada lagi..”

Anda hanya tersenyum, walaupun dalam hati hanya Allah sahaja yang tahu betapa peritnya apabila sering disoalkan tentang perkahwinan. Tetapi demi menjaga air muka ibu bapa, anda masih lagi boleh tersenyum, dan tidak menarik muka.

4. Mampu meminta sesuatu dengan lembut dan baik.

Sepertimana anda meminta dengan lembut apabila dengan pasangan, dengan ibu bapa juga anda harus melakukan sebegitu rupa. Tanda anda seorang anak yang baik adalah, anda sering menekankan perkataan ‘Tolong’ apabila dengan ibu bapa.

5. Sentiasa mahu melakukan aktiviti bersama ibu bapa.

Anda juga tidak lupa untuk sentiasa melakukan pelbagai aktiviti dengan kedua ibu bapa anda. Tidak kira pada hujung minggu atau pada hari biasa.

Selamat Beramal Dan Sentiasa Menjadi Anak Yang Baik!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen