Pasangan Beri Cincin Sebagai Hadiah? Jom Lihat Maksud Tersirat Melalui Warna Batu Cincin.

Sebagai golongan wanita, pasti akan teruja apabila mendapat kejutan dari pasangan. Apatah lagi apabila menerima hadiah yang diidamkan. Terutamanya apabila mendapat cincin, sudah tentu ia menandakan anda sedang dirisik, bakal bertunang atau berkahwin. Jika sudah berkahwin pun apa salahnya masih mendapat hadiah cincin, kan?

Akan tetapi, jom lihat maksud tersirat daripada warna batu cincin tersebut…

1. Putih.

Putih sering dikaitkan dengan warna yang suci, murni bak salju. Jika anda masih belum berkahwin dan pasangan memberi cincin berbatu putih, ia menandakan si dia mahukan anda dengan setulus hati dan niat yang murni untuk jadikan anda sebagai bakal isteri.

Sekiranya telah berkahwin, sudah pasti si dia memang bersungguh-sungguh setia dengan anda.

Related image

2. Pink.

Cincin berbatu merah muda atau pink pula dianggap sebagai warna yang feminin. Jika anda mendapat cincin berwarna merah muda, si dia amat menghargai kecantikan anda, malah amat mencintai diri anda seadanya. Warna ini juga menandakan hubungan cinta kalian sentiasa disulami dengan bunga-bunga, dan ayat-ayat romantis. Atau dengan kata mudah, hubungan kalian sangat jiwang.

3. Merah.

Cincin berbatu merah pula adalah simbol pada cinta dan semua yang berkaitan dengan hal-hal romantik. Apabila anda mendapat cincin berwarna merah dari si dia, ini menandakan si dia memang sentiasa bahagia dengan hubungan kalian berdua. Malah, warna merah ini juga tandanya hubungan yang stabil dan saling mencintai antara satu sama lain.

4. Biru.

Cincin berbatu biru pula dianggap sebagai ketenangan. Jika anda mendapat cincin in daripada si dia ia menandakan hubungan kalian sangat harmoni kerana adanya komunikasi yang baik. Si dia merasakan nyaman dan damai ketika bersama dengan anda kerana mampu bertoleransi dalam segala hal, dan tiada rahsia.

5. Hitam.

Cincin berbatu hitam adalah sangat simbolik dengan gaya yang elegen dan mempunyai ciri-ciri misteri dalam setiap individu. Akan tetapi sekiranya anda menerima cincin berbatu hitam ini, ia menandakan hubungan kalian sangat kukuh dan si dia amat mempercayai anda mampu berdikari dalam apa jua situasi.

6. Kuning.

Cincin berbatu kuning ibarat cahaya matahari yang bersinar. Apabila mendapat cincin berbatu kuning dari si dia, ini menandakan si dia ibaratkan anda sebagai sinar bagi hidupnya. Malah, anda adalah satu kehangatan yang mampu membuat hubungan cinta semakin menyemarak. Jika si dia sedang bersedih juga, anda mampu menjadi sumber ceria baginya.

7. Ungu.

Cincin berbatu ungu atau purple ini adalah warna yang dianggap sebagai aura eksotik dan mempunyai keunikan tersendiri. Sekiranya anda dapat cincin berbatu ungu, ia menandakan si dia merasakan anda sangat istimewa dengan cara tersendiri, sehingga membuat dirinya bahagia. Walaupun, hubungan seringkali dilanda masalah, kalian berdua mampu mengatasinya dengan senyuman.

8. Hijau.

Cincin berbatu hijau pula sangat simbolik dengan alam dan tumbuh-tumbuhan. Jika anda dapat cincin tersebut, ia menandakan si dia menganggap anda sebagai alam untuk dirinya. Tanpa anda, si dia seolah-olah tiada oksigen untuk meneruskan kehidupan. Hubungan kalian berdua juga sentiasa makmur bahagia.

Namun, ini semua hanya hiburan semata-mata. Walau apa jua warna batu berlian tersebut, pasti cantik di jari manis si pemakainya, hatinya juga sentiasa bahagia.

Related image

Anda masih keseorangan?

830,872 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah laman web cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen