“Pasangan Suami Isteri Perlu Ada Rasa Takut Dengan Allah SWT, Supaya Tidak Berlaku Curang..” –Habib Ali Zainal-

Dalam melayari bahtera yang dibina bersama pasangan, setiap tindakan perlu berlandaskan syariat. Malah, ia juga perlu dimulakan daripada awal perkenalan (Ta’aruf) supaya hubungan di redhai Allah dan temui barakah.

Saling memperbaiki diri untuk sentiasa beribadah kepada-Nya.

Saling hormat dan menghormati supaya dapat membina kepercayaan antara satu sama lain.

Saling nasihat dan menasihati supaya mudah suami isteri bertoleransi.

Saling ingat dan mengingati supaya tiada yang lalai dengan duniawi.

Namun sedemikian, semuanya perlu berlandaskan agama. Perlu adanya rasa takut kepada-Nya supaya tidak membuat perkara yang dicela dan dimurka. Antaranya dalam menunaikan tanggung jawab sebagai pasangan suami dan isteri supaya tidak berlaku perkara yang tidak diingini.

Seperti perkongsian dari Habib Ali Zainal yang perlu dijadikan sebagai iktibar….

********

Image may contain: 1 person, beard

Hubungan Suami Isteri.

Berapa ramai dari kita bergaduh suami isteri sebab tidak percaya pada pasangan, sehingga setiap malam dia melihat telefon bimbit pasangannya. Dengan siapa dia berwassap dll, Ada salah faham bergaduh, ada yang sampai bercerai.

Yang salah itu yang melihat telefon itu.

Siapa suruh tengok?

Bina rumah tangga itu dengan saling percaya.

Jangan bina rumah tangga dengan dasar curiga.

Kalau didasari dengan curiga, sejujur manapun pasangan itu, ibarat hidup macam dineraka.

Kerana ada dasar curiga. Kalau dasar percaya, dia tuntut apa yang zahir, dia tidak tuntut apa yang disimpan.

Kalau pasangan kita berbuat dosa yang tanggung yang berdosa, kalau dia berbuat maksiat, yang menanggung yang berbuat maksiat tidak kira siapa.

Yang dapat mencegah seseorang itu tidak dapat bermaksiat itu hanya dirinya sendiri dan rasa takut kepada Allah SWT.

Bukan takut dengan isteri atau takut dengan suami.

Yang rasa takut dengan isteri atau suami dia akan bermaksiat diluar pengetahuan isteri atau suaminya. Akan tetapi, kalau dia rasa takut dengan Allah SWT, di mana sahaja dia berada dia akan tetap berasa takut kepada Allah.

Daripada Sayyidil Habib Ali Zainal Abidin Al-Hamid.

********

Semoga Bermanfaat!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen