Betul Ke Minum Air Kelapa Bersama-Sama Ubat-Ubatan Akan Mengurangkan Keberkesanan Sesuatu Ubat? Anda Mesti Tertanya-Tanya Persoalan Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Musim-musim panas ini sedapnya kalau dapat minum air kepala yang sejuk, pasti terasa kesegarannya. Mana tidaknya rasanya yang manis asli itu sememangnya akan melegakan tekak yang dahaga kerana rasa kebahangan cuaca panas ini. Aduh sedapnya.

Bukan dapat menghilangkan kelegaan, malah air kepala ini banyak khasiatnya untuk tubuh badan seseorang. Air kelapa juga dikatakn mampu meredakan serangan demam tidak kiralah orang dewasa mahupun kanak-kanak. Tanpa kita sedar, banyak kegunaannya air kepala ini pada tubuh badan kita.

Tak percaya? Jom baca perkongsian dari Dr. Ezairy M.Sallih mengenai air kelapa ini.



Hari ini ramai antara kita yang gemar mencuba teknik dan cara rawatan alternatif. Tak kurang juga, ada yang mencuba-cuba rawatan turun temurun. Paling penting, semua itu perlu kepada nasihat, pemantauan dan pemeriksaan bersama doktor perlu dilakukan.

Cuaca panas-panas sekarang ini, dah tentu tekak cepat sangat terasa kering, kan? Ada antara kalian yang gemar dan suka mengambil air kelapa untuk membasahkan tekak?



Banyak kajian mendapati bahawa cytokinins membantu untuk mengawal selia pertumbuhan sel-sel. Air Kelapa mengandungi cytokinins dan asid laurik yang boleh meminimumkan penuaan sel-sel kulit, mengimbangi tahap PH, dan memastikan ‘connective tissue’ tisu-tisu penyambung kuat dan terhidrat.

Banyaknya vitamin, mineral, dan nutrien lain, menyebabkan air kelapa ini mampu menjadi sumber tenaga yang baik. Air kelapa juga mempunyai kandungan gula dan natrium yang kurang berbanding dengan kebanyakan minuman sukan, sambil mempunyai lebih banyak Potassium, Calcium, dan Chloride, yang menjadikannya pilihan yang lebih baik untuk memulihkan, menambah dan meningkatkan tahap tenaga tubuh selepas aktiviti atau senaman yang berat.

Sebagai contoh, dalam setiap 100ml air kelapa, terdapat kira-kira 294mg kalium berbanding dengan 117mg dalam purata mana-mana minuman tenaga, 25mg natrium berbanding 200mg dalam minuman tenaga dan 41mg dalam kebanyakan minuman sukan, 5mg gula berbanding 20-25mg, dan 118mg klorida berbanding dengan purata minuman tenaga dan minuman sukan sebanyak 39mg.

Ia juga kaya dengan potassium dan mineral lain. Justeru, air kelapa dapat membantu mengawal cecair dalaman kita dan memulihkan semula badan. Ia telah digunakan untuk merawat dehidrasi yang disebabkan oleh cirit-birit, dan keseimbangan elektrolit.



Minum Air Kelapa Dan Ubat-ubatan?

Ramai yang bertanya, betul ke minum air kelapa bersama-sama ubat-ubatan akan mengurangkan keberkesanan sesuatu ubat? Anda mesti ada yang tertanya-tanya persoalan ini?

Kajian klinikal peringkat awal menunjukkan minum air kelapa mungkin boleh mengurangkan tekanan darah sistolik dalam kalangan pesakit hipertensi (darah tinggi). Penggunaan bersama-sama air kelapa dengan ubat anti-herpentensi mungkin boleh menyebabkan kesan tambahan terhadap pengurangan tekanan darah seterusnya boleh memberi risiko tekanan darah menjadi rendah.

Oleh kerana air kelapa mempunyai kandungan garam potasium yang agak ketara maka ia boleh menerukkan lagi keadaan hiperkalemia seseorang individu. Jika diminum dalam satu jumlah yang banyak mungkin boleh meningkatkan risiko hyperkalemia bagi pesakit yang mempunyai kekurangan fungsi buah pinggang.

Air kelapa sekiranya diambil secara minuman dengan jumlah yang biasa adalah selamat. Anda tidak perlu bimbang terhadap faktor keselamatan dalam pengambilan air kelapa. Begitu juga sekiranya air kelapa diambil oleh kanak-kanak.

Semoga perkongsian ini bermanfaat. Panas cuaca ini, jom cari air kelapa!


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen