Nak Isteri Cantik Dan Bahagia? Lelaki Perlu Ambil Tahu 3 Penjagaan Asas Diri Isteri Ini.

Sering sahaja lelaki yang sudah bergelar suami, pada masa kini merungut melihat penampilan isteri selepas berkahwin. Merungut kerana isteri yang dulunya lawa, sentiasa memakai baju cantik, memakai pelbagai solekan, tetapi tidak lagi selepas berkahwin.

Para suami perlu tahu, isteri adalah pantulan dari suami yang menjaga.

Penjagaan asas diri isteri, adalah salah satu nafkah yang perlu suami beri pada isteri.

Jika mahu isteri cantik, berikan segala kelengkapan selagi dalam kemampuan diri.

Jika mahu isteri kurus, jangan pula galakkan isteri mengambil pil kurus pula.

Bukan sahaja duit melayan, nyawa isteri pun melayang juga nanti. Akan tetapi sentiasa bawa isteri melakukan aktiviti beriadah di samping dapat menjaga kesihatan tubuh badan.

Jika isteri mampu untuk membeli semua barangan ini kerana memiliki kerjaya sendiri, suami tambah lah duit sedikit.

Kalau lihat barangan dapur sentiasa habis, tetapi tidak tahu habis ke mana, kemungkinan besar isteri gunakan barang-barang dapur tersebut untuk penjagaan dirinya sendiri.

Penjagaan asas diri yang macam mana suami perlu tahu?

[Harga Pada Anggaran Kasar]

1. Solekan.

Tanya sahaja mana-mana lelaki zaman sekarang, mahukan isterinya bersolek atau pun tidak? Natural Make Up atau Heavy Make Up? Majoriti lelaki mahukan wanita yang natural sahaja, akan tetapi mereka tidak tahu bahawa natural atau wajah semula jadi itu sebenarnya perlu juga solekan asas seperti;

  • Concealer (RM30)
  • Maskara (RM20)
  • Lip balm/Lipstick (RM20)

Akan tetapi dengan harga solekan sebegini ia mampu tahan untuk beberapa bulan. Kalau jarang pakai mengambil masa selama setahun juga. Anggaran untuk isteri selalunya RM100 sehingga RM200 untuk solekan sahaja, tetapi tahan selama setahun.

Sebagai contoh: 200/12 = RM16 invest untuk sebulan bagi barang solekan.

Kalau tahan 6 bulan 200/6 = RM33 invest untuk sebulan.

Jadi, pilih jenama solekan yang dalam kemampuan, berkualiti dan tahan lama. Berbaloi!\

2. Penjagaan kulit wajah.

“Dah solek pun masih tak cantik lagi…”

Kenapa? Sebab tidak menjaga dari kulit wajah, jika wajah yang kusam tidak dirawat memang sukar untuk solekan nampak cantik. Oleh sebab itu, amat penting penjagaan diri dari dalaman tubuh badan. Kalau pada solekan, sudah tentu pada kulit wajah.

Penjagaan kulit wajah memang agak mahal, tetapi mengikut kondisi kulit wajah isteri, sama ada kulit sensitif, kombinasi, kering, berminyak atau normal. Beruntung si suami jika memiliki isteri yang mempunyai kulit wajah yang normal, kerana tidak perlu penjagaan yang begitu rapi seperti kulit sensitif.

Suami perlu tahu, isteri amat perlukan penjagaan wajah ini seperti:

  • Cleanser (RM30)
  • Moisturizer (RM30)
  • Toner (RM40)
  • Serum (RM60)

Ada sahaja yang lebih murah, tetapi cari jenama yang sudah tahan lama. RM160 boleh tahan selama 6 bulan.

Jadi, sebagai contoh RM160/6 = RM27 sebulan.

3. Penjagaan dalaman.

Suami juga perlu tahu vitamin atau suplemen apa yang isteri perlukan dengan SARANAN dari doktor, antaranya:

  • Vitamin C untuk penambahan kolagen pada kulit (RM30)
  • Vitamin E untuk mencegah radikal bebas, seperti penyakit kronik. (RM50)
  • Vitamin B2 untuk mencegah kelelahan dan tekanan dalam badan. (RM30)

Selain daripada itu, suami juga perlu tahu antara ubat-ubatan, antaranya:

  • Darah tinggi.
  • Sakit kepala.
  • Menstrual (period pain).
  • Alergik.

Kemudian, apa yang lebih penting adalah pad (RM10) ketika period setiap bulan, suami juga perlu ambil tahu.

Sekurang-kurangnya RM500 untuk penjagaan asas isteri ini. Begini rutin golongan wanita setiap bulan atau setiap tahun. Bagi lelaki yang masih belum berkahwin, jadikan ini sebagai panduan untuk mengenali isteri anda.

Selamat Mencuba Dan Selamat Beramal!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen