Lembutkan Hati Anak Lelaki Dengan Solat Berjemaah, Barulah Jadi Suami Nanti Tidak Gugup Menjadi Imam.

Oleh: Zuzu Yasmine

Orang lelaki ini biasanya sibuk mencari bakal isteri yang solehah, pandai masak pandai menguruskan segala-galanya bahkan mampu menjadi ibu yang baik buat anak-anak. Tetapi mereka ini sering kali lupa bahawa orang perempuan juga inginkan suami yang boleh membimbing, bertanggungjawab serta mampu mengimamkan dirinya ketika solat.

Pasangan sebegini sudah tentulah lahir dari didikan ibu bapa yang baik. Menurut Puan Rohamiah Muda, anak lelaki ini mampu dilembutkan hati yang baik memlalui amalan solat berjemaah. Ini kerana, apabila mereka menjadi suami kelak, mereka ini tidak akan guggup untuk menjadi imam kepada isteri serta anak-anaknya kelak.

Bukan itu sahaja, banyak permasalahan rumah tangga juga akan mudah diselesaikan apabila suami isteri ini mampu menunaikan perintah Allah dengan baik. Mari kita baca sedikit perkongsian dari ibu ini.



Sebelum kahwin, si gadis sibuk mencari bakal imam sendiri. Tetapi, apabila selamat diijabkabulkan, tidak pula paksa suami menjadi imam.

Ataupun, suami sendiri tidak mampu atau segan menjadi imam kepada isteri.

Sebenarnya, anak lelaki mesti dilatih menjadi imam sejak baligh. Nanti setelah berkahwin, tidak lagi rasa gugup kerana telah biasa menjadi imam.



Jika ikutkan pesanan Rasulullah SAW, orang lelaki wajib solat jemaah di masjid. Tetapi, sesekali boleh juga suami menjadi imam kepada anak serta isteri di rumah atau ketika musafir.

Jika boleh, jadikan solat jemaah antara aktiviti mingguan bersama keluarga.

Banyak kebaikan suami menjadi imam dalam rumah tangga.

Antaranya:

1. Satu cara yang sangat relevan untuk meleraikan pergaduhan antara suami dan isteri. Ini kerana, selepas selesai berdoa, suami bersalaman dengan isteri dan mencium dahi isteri. Manakala, isteri pula mencium tangan suami.

Masya-Allah, saat itu, pasti hati pasangan akan rasa lembut dan mudah memaafkan. Akhirnya, pergaduhan terhenti dengan sendirinya.

2. Suami yang boleh menjadi imam kepada isteri dan keluarga, dia lebih dipandang hebat oleh si isteri. Isteri akan rasa bangga kerana mempunyai suami yang mampu menjadi ketua yang berkualiti.

3. Suami lebih dipandang mulia oleh isteri kerana mampu menjadi imam buat keluarga.

4. Rasa hormat isteri kepada suaminya akan lebih tinggi dan secara automatik hadir ketaatan yang tidak berbelah bahagi kepada suami.

5. Rasa cinta dan kasih sayang antara pasangan lebih menebal.

6. Rahmat Allah memayungi rumah tangga tersebut. Insya-Allah, dengan adanya rahmat Allah, syaitan tidak sempat untuk menghasut.

7. Suami akan rasa dirinya berada di kedudukan yang tertinggi dalam keluarga. Kerana dalam solat jemaah, isteri mengikut setiap pergerakan suami. Dan, di luar solat, isteri akan mudah taat juga kepada arahan suami.

8. Anak-anak juga akan lebih menghormati ayah mereka sebagai ketua keluarga.

Sebenarnya, banyak masalah hari ini berpunca daripada pengabaian solat dalam keluarga. Bagaimana cara kita solat, begitulah perjalanan hidup kita.

Jika seorang suami dapat menjaga solat dengan baik, pasti isteri dan anak-anak akan mengikuti jejak langkahnya.

Lelaki hebat bukanlah yang pandai mengeluarkan arahan, tetapi dia bijak mengajak keluarganya mengenali Tuhan.

Rohamiah Muda
Sentiasa mencari redha-Nya.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen