5 Kesilapan Biasa Dalam Penyusuan Bayi Yang Ibu-Ibu Perlu Ambil Tahu.

Oleh: Zuzu Yasmine

Ramai yang tahu akan kebaikan dan khasiat susu ibu ini. Bahkan khasiat yang dimiliki oleh susu ibu ini tidak akan diperolehi dalam mana-mana susu yang lain. Kalau nak cerita mengenai kebaikan susu ibu ini memang sampai besok pun tidak habis.

Seperti biasa, selepas sahaja melahirkan anak, ibu-ibu digalakkan untuk menyusukan anak-anak mereka dengan susu badan. Namun begitu, kadang kala ibu ini mungkin mengalami masalah seperti kekurangan susu badan ataupun susu badan sukar untuk keluar menyebabkan banyak ibu-ibu memberikan anak mereka susu formula sepenuhnya.

Di sini, Puan Tengku Nur Atiqah ingin berkongsi masalah tiada susu badan dan bagaimana untuk selesaikannya. Apa yang menariknya ia berdasarkan pengalaman dirinya sendiri. Jom baca.



Avoid yang ni pun sama penting dgn buat steps untuk berjaya menyusu sampai 2 tahun.

Sepanjang 2 tahun bergelumang dengan ibu muda yang datang ke Bondahaven dgn masalah kekurangan susu badan, I realized selalunya punca masalah atau kesilapan yang semua org buat lebih kurang sama je.

Kesilapan yang menyebabkan supply susu merudum, anak mula tak suka direct latch dan ibu mula mengalami tekanan emosi.



Apa silap yang ramai orang buat tu?

1. Terlalu cepat assume badan tak boleh buat susu.

- Ramai ibu akan buat kesimpulan dia tak ada susu bila dia cuba pam susu dan tak ada setitik pun keluar. Sama juga bila baby selalu menangis, terus assume sbb susu tak cukup.

Mcm yang saya cerita dalam post sebelum ni, masa minggu pertama kelahiran, walaupun tak ada susu yang keluar bila pam, tak bermakna susu kolostrum tak ada. Baby menangis pun ada bnyk sebab, bukan hanya sbb lapar sahaja.
Cara yang paling senang untuk tahu samada anak dapat susu yang cukup atau tak ialah dgn cara kira pampers basah dia setiap hari. Ada jadual dia, boleh refer ke gambar.

2. Terlalu cepat menyerah kalah bila anak taknak menyusu dan terus jadi Exclusively Pumping (EP) mom.

- Sebenarnya jadi EP mom ni adalah satu benda yang tersangat amat memenatkan, and I wish nobody would have to be an EP mom. Bila anak tak nak menyusu, pertamanya kena cepat berjumpa dengan kaunselor penyusuan yang bertauliah atau lactation nurse yang berdekatan untuk identify apa punca sebenar baby tak nak latch.

3. Bagi botol terlalu awal semasa dalam pantang

- Bila baby taknak latch, terus bagi susu perahan dgn botol susu. Sudah bg dgn botol, bagi pulak susu dgn berlebihan sampai baby muak balik dgn banyaknya. When you introduce the bottle too early, baby akan cenderung untuk keliru puting dan akan mula menangis bila ibu cuba untuk bg susu badan.

4. Bila baby tak latching, ibu tak perah susu secara regular.

- Badan kita hanya akan menghasilkan susu bila wujudnya 'demand' untuk susu. Kalau baby tak direct latch sbb ada masalah tertentu, dan ibu pula tak perah langsung susu, tak ada hormon prolaktin dan oxytocin akan dihasilkan. Bila tak ada hormon ni, susu pun akan wassalam tak ada juga.

5. Minta bantuan terlalu lambat.

- Last sekali ialah yang ni. Memang overwhelming nak troubleshoot sendiri masalah penyusuan ni, sbb kadang2 tak tahu mana satu info yang tepat. Lagi haru bila cari info breastfeeding kat Youtube pastu keluar video pelik-pelik...ish semak. Cara paling baik bila ada masalah ialah minta bantuan secepat mungkin, lagi cepat identify punca masalah, lagi senang nak overcome masalah tu. Lagi lambat, lagi struggle nak overcome.

Saya pun sama je...walaupun doktor, ada jugak buat beberapa kesilapan ni masa melahirkan Ali dulu. Tapi yang penting, lepas tu saya dah belajar melalui kesilapan dan dah rancang plan teliti untuk atasi masalah kurang supply susu ni dari awal supaya breastfeeding journey saya jadi sangat mudah dan stress-free untuk anak seterusnya.

Saya nk share apa yang saya buat bila saya lahirkan Maryam, dari takda susu langsung, sampai hari ke tujuh susu saya kick-in dengan sangat bnyk sampai tak lena tidur malam sebab selimut selalu tiba2 basah dgn susu sampai boleh perah.

Pernah tak buat silap yang sama jugak? Boleh tag orang yang perlu tahu supaya diorang tak buat benda ni lagi please!


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen