Nampak Comel Buat Si Kecil Tetapi Ibu-Ibu Kena Tahu Bahayanya 'Baby Neck Floats' Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Macam biasalah, sebagai ibu bapa kita mahu yang terbaik untuk anak-anak kita. Maka dengan itu, apabila orang lain menyatakan bahawa perbuatan ini bagus untuk anak serta membantu perkembangan mereka, maka kita sebagai ibu bapa ini dengan segera tiru perkara tersebut.

Samalah juga dengan bayi yang digalakkan berenang, tetapi tidak salah untuk bayi diajar berenang agar bila dewasa kelak mereka akan mahir dalam aktiviti tersebut. Yang tidak digalakkan adalah penggunaan baby neck floats yang sering kali akan disarungkan kepada bayi apabila mereka ini ingin berenang.

Ramai yang tidak tahu akan bahayanya benda ini. Mari kita ikuti perkongsian artikel ini.



Baby Neck Floats mula mendapat tumpuan para ibu bapa sejak beberapa tahun yang lalu. Kita boleh nampak penggunaan Neck Floats ini di gunakan oleh bayi atau kanak-kanak di tub mandi, kolam renang dan Baby Spa.

Sehingga ke hari ini Baby Neck Floats masih lagi digunakan dan menjadi tumpuan ibu bapa untuk kegunaan anak-anak mereka berenang. Dan selalunya ibu bapa akan merasakan anak mereka sangat comel. Dengan kepala mereka sehingga menampakan pipi tembam.

“Bang, comel ja nampak anak orang lain berenang guna neck floats. Jum kita beli neck floats ni untuk anak kita nak?”

Tak dinafikan memang anak kita comel sangat apabila berenang menggunakan Neck Floats. Tetapi ia sangat bahaya untuk bayi yang masih kecil terutamanya bayi berusia di bawah 5 bulan digunakan di leher mereka dan alat ini boleh mendatang mudarat pada anak kita.

Kyran Quinlan, Profesor Pediatrik dari Rush University Medical Center dan juga merupakan American Academy of Pediatrics (AAP) Council on Injury, Violence and Poison Prevention berkata,



“Neck floats for babies scare me to death, and I hope they scare parents”

4 Risiko Yang Bahaya Penggunaan Neck Floats Pada Bayi

Ada beberapa risiko yang bahaya akan terjadi jika menggunakan Neck Floats pada bayi terutamanya bayi di bawah 5 bulan.

Antara risiko-risiko bahaya yang berkemungkinan besar akan dihadapi bayi adalah:

1. Bayi Tenggelam Dan Lemas

Pada 17 Mei 2018, kita pernah digembarkan dengan kejadian seorang bayi lelaki, berusia 7 bulan, dari China hampir lemas kerana menggunakan Neck Float. Walaupun pada ketika itu, neck float yang digunakan oleh bayi tersebut diletakan di bahagian pinggang.

Namun, ia juga bahaya jika tanpa pengawasan. Pada kejadian itu, bayi tersebut terbalik menggunakan neck float dan menyebabkan tubuhnya terbenam di dalam air kemudian bayi tersebut jatuh keluar dari neck float tersebut selama 46 saat.

Anda bayangkan jika petugas di situ tidak sedar, pasti bayi tersebut akan mati kelemasan ketika bergelut di dalam air.

2. Membuatkan Otot Mereka Menjadi Tegang

Risiko untuk mendapat tortikolis adalah sama bagi bayi lelaki dan perempuan. Masalah ini berlaku sewaktu kelahiran sehingga bayi berusia 3 bulan.

Namun, Perunding Pakar Bedah Neuro, Pusat Perubatan Sunway (SunMed), Dr Syed Abdullah Al-Haddad berkata,
“Torticollis dibahagikan kepada dua kumpulan ia­itu berlaku sejak dilahirkan (kongenital) dan berlaku disebabkan punca lain (acquired).”

Jika bayi di bawah usia 5 bulan dikenakan neck float ini, ia akan membuatkan tekanan pada tulang belakang di bahagian leher bayi.

Malah ia akan membuatkan otot dan ligamen bayi menjadi tegang dan kemungkinan besar akan mencederakan bayi. Kerana semasa aktiviti berenang menggunakan Neck Float ini bayi akan mengerakan bahagian leher mereka untuk berpusing dan melihat sekeliling.

Sesetengah bayi akan mengalami sakit leher dan ketegangan pada pergerakkan leher sekaligus menyebabkan pergerakkannya terbatas.



3. Mengganggu Saraf Penting Bayi.

Tumbesaran dan perkembangan bayi dan kanak-kanak merupakan perkara yang penting bagi Ibu bapa. Saraf-saraf di dalam tubuh badan kita sangat penting. Lebih-lebih lagi untuk bayi yang masih lagi kecil.

Namun penggunaan Neck Float ini juga boleh mengakibatkan saraf penting bayi terganggu. Kerana ia membataskan pergerakan kepala bayi. Kerana jika ia terganggu ia boleh menjejaskan mereka lambat reflekskan kepala untuk mereka belajar duduk dan meniarap.

Penting untuk ibu bapa tahu kerana jika saraf mereka terjejas, sukar untuk bayi belajar duduk malah meniarap.



4. Melambatkan Tumbesaran Tulang Punggung Bayi

Seterusnya pengguna Neck Float ini boleh melambatkan proses tumbesaran tulang punggung bayi.

Di mana ia akan membataskan pergerakan tulang punggung bayi. Dan ia akan mengkibatkan bayi tidak cukup kuat untuk membantu mereka belajar duduk, berdiri dan berjalan.

Berenang Boleh Kembangkan Fizikal Dan Mental Bayi.

Sebenarnya aktiviti berenang sangat baik untuk bayi dan kanak-kanak. Jika bayi dan kanak-kanak yang kerap di bawa berenang, itu akan membuatkan mereka lebih percaya pada diri sendiri dan kecerdasan mereka.

Malah gerakan yang dilakukan semasa berenang boleh membantu meningkatkan sel-sel saraf di seluruh otaknya. Malah ia juga boleh membantu mengembangkan fizikal dan mental bayi.

Seboleh-bolehnya, elakkan penggunaan Neck Floats untuk bayi berenang. Dan cara yang terbaik adalah dengan human contact. Di mana ia boleh merapatkan lagi bonding antara ibu bapa dan anak supaya mereka boleh meneroka air dalam persekitaran yang selamat, santai dan menyeronokkan.

Kongsi info ini pada pasangan, keluarga, saudara mara dan sahabat-sahabat anda. Supaya kita boleh selamatkan anak-anak kita dari mendapat apa-apa risiko yang boleh membahayakan anak kita.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen