Mendidik Anak-Anak Perlu Lihat Sudut Jauh Ke Hadapan, Tiada Jalan Pintas Dalam Parenting Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Mendidik anak-anak ini buknlah satu perkara yang mudah. Ini kerana, bagaimana cara ibu bapa mendidik anak-anak begitulah sikap dan kelakuan anak-anak pada masa akan datang. Tidak hanya itu, kemungkinan, cara penjagaan ibu bapa hari ini akan menjadi satu tradisi dalam hidup anak cucuk kelak. Sebab itulah ibu bapa perlu bijak memilih saluran yang betul dalam mendidik anak-anak ini.

Bukan untuk uji dan cuba, tetapi pilih cara yang betul agar anak yang dididik itu tidak akan menyalahkan ibu bapa semula kerana hasil didikan yang diberikan. Mungkin ada sesetengah ibu bapa menyatakan bahawa ini adalah cara mereka dan ini adalah saluran yang betul dalam mendidik anak-anak tetapi sedangkan saluran itu mungkin tidak bersesuaian dengan anak-anak.



Ada yang memilih untuk menjadi garang pada anak-anak, bahkan ada yang memilih untuk menjadi contoh yang baik buat anak-anak. Semuanya bergantung pada pilihan masing-masing.

Anak ini umpama kain putih, ibu bapa yang akan mencorakkan mereka untuk masa depan mereka. Maka sebagai ibu bapa pilihlah cara yang betul, agar sikap serta kelakuannya pada masa akan datang tidak menyakiti hati ibu bapa sendiri.



Menurut saudara Najmi Nawawi, tiada jalan pintas dalam parenting ini. Mendidik anak-anak ialah satu perkara yang perlu dilihat dari sudut pandang jauh kehadapan. Ianya bukan untuk kesenangan hari ini, tetapi kita perlu bercakap tentang masa depan anak-anak.

Ianya tentang konsistensi diri bukan sekadar untuk seminggu atau sebulan namun ia memakan masa bertahun-tahun lamanya. Pasti menuntut kita untuk bekerja lebih keras untuk pastikan ia berjaya.

Ianya bukan satu perlumbaan larian pecut namun ia lebih menyerupai sebuah larian marathon.

Kita akan hadapi hari yang baik, hari yang buruk, hari yang terlampau penat, hari yang tidak boleh diteruskan. Namun yang penting kita terus berani untuk meneruskan hari-hari yang mendatang tanpa kenal erti putus asa.

Walau jatuh sebanyak 7 kali, kita akan tetap mampu untuk bangkit kembali sebanyak 8 kali.



p/s : kita tidak boleh mengubah arah tiupan angin, namun kita boleh mengubah layarnya. Pilihan di tangan kita.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen