Para Ibu Bapa Perlu Tahu, Sentuhan Yang Baik Pada Anak-Anak Mampu Memberi 4 Kesan Positif Ini.

Berapa ramai dikalangan para ibu bapa yang mampu memberi sentuhan positif setiap hari pada anak-anak sejak dari mereka kecil?

Sentuhan bermaksud memegang tangan untuk keselamatan, menepuk bahu ketika anak-anak dilanda masalah, mengusap rambut ketika anak-anak mencapai sesuatu target, mencium dahi dan memeluk untuk hubungan yang erat.

Menurut kajian dalam satu teori psikologi, anak-anak yang mempunyai hubungan ‘attachment‘ (keterikatan) yang baik dengan ibu bapa akan berkembang menjadi seorang yang percaya diri dan ‘secure‘ dalam perhubungan ketika dewasa.

Malah Rasulullah SAW sendiri mengajarkan sahabat tentang kepentingan sentuhan kepada anak-anak seperti dalam hadis di bawah:

Bahawa Abu Hurairah RA berkata;

“Rasulullah SAW pernah mencium Al-Hasan bin Ali sedangkan di samping baginda ada Al-Aqra’ bin Habis At-Tamimi sedang duduk, lalu Aqra’ berkata;

“Sesungguhnya aku memiliki sepuluh orang anak, namun aku tidak pernah mencium mereka sekali pun, maka Rasulullah SAW memandangnya dan bersabda:

“Barang siapa tidak mengasihi maka ia tidak akan dikasihi.” (HR Bukhari No: 5538, Hadis Sahih)

Maka, sentuhan dan belaian amat penting untuk anak-anak kerana ia mampu memberi 4 kesan positif ini iaitu…

1. Dapat menambah baik kematangan emosi dan perkembangan minda.

Emosi anak-anak perlu dijaga sejak dari mereka kecil kerana ia bakal menganggu tumbesaran mereka, malah akan memberi kesan ketika waktu muda remaja. Gagal memberi sentuhan dan belaian sejak dari kecil, akan menyebabkan anak-anak terasa terpinggir dan mula menjauhkan diri.

Selain daripada itu, minda anak-anak akan terganggu sekiranya ibu bapa tidak memberikan sentuhan, akan tetapi diberikan oleh individu yang lain seperti cikgu, atuk atau pun nenek. Ini yang menyebabkan anak-anak lebih mempercayai individu ini daripada ibu bapa mereka sendiri.

2. Menumbuhkan rasa percaya antara anak-anak dengan ibu bapa.

Melalui sentuhan juga, akan memupuk rasa percaya mereka terhadap ibu bapa kerana mereka akan berfikiran hanya ibu bapa yang mampu memberi keselamatan pada mereka. Jadi, mereka akan mempunyai rasa percaya yang sangat tinggi sehingga mendorong mereka bergantung pada ibu bapa.

3. Mengurangkan perasaan stres yang ada pada anak-anak.

Anak-anak kecil juga mampu mempunyai tekanan dalam diri apabila dikelilingi dengan perkara atau suasana yang negatif. Jika ibu bapa tidak mampu memberi kepercayaan pada anak-anak, mereka akan berasa tidak selamat sehingga menjadi tertekan. Ini yang menyebabkan anak-anak menjadi murung dan mula menjauhkan diri.

4. Menguatkan sistem imun badan.

Di samping itu, melalui sentuhan mampu untuk menguatkan sistem imun badan anak-anak. Tumbesaran anak-anak akan menjadi positif dan kesihatan juga jarang terjejas. Oleh yang demikian, pentingnya sentuhan atau belaian ibu bapa pada anak-anak. Jangan terlalu sibuk dengan kerja, sehingga anak-anak menjadi terabai.

Semoga Bermanfaat!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen