"Kerana Sayangkan Make Up, Sanggup Qado Solat..."

Oleh: Zuzu Yasmine

Selepas sudah mengambil masa berjam-jam dihadapan cermin, tak akan segala usaha untuk mencantikan wajahnya itu akan dihapuskan apabila masuk waktu untuk solat? Bukan itu sahaja, nak beli barang makeup ini bukannya murah, itu belum lagi jika beli di Sephora atau Sasa, satu barang sahaja harga sudah beratus harganya. Kalau pakai sekejap sahaja, rugi lah.

Itu sering kali menjadi kata-kata buat mereka yang gemar bermakeup tetapi sayang untuk tanggalkannya malah memilih untuk mengabaikan solat. Mungkin tidak semua begitu, tetapi ada sahaja di sekeliling kita ini, yang sebegitu.



Punyalah sayangkan mekap hingga sanggup abaikan solat. Rela qado' solat sebab takut mekap yang berinci-inci itu habis.

Kelak soalan yang akan ditanya tentang solat kita... cukup atau tak, sempurna atau tak. Bukan ditanya dah mekap ke tak, atau berapa ketebalan mekap kalian.

Sebuah hadis menyebut:


عن أَبِي هُرَيْرَةَ رضي الله عنه قَالَ : سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ : ( إِنَّ أَوَّلَ مَا يُحَاسَبُ بِهِ الْعَبْدُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنْ عَمَلِهِ صَلَاتُهُ فَإِنْ صَلُحَتْ فَقَدْ أَفْلَحَ وَأَنْجَحَ وَإِنْ فَسَدَتْ فَقَدْ خَابَ وَخَسِرَ ، فَإِنْ انْتَقَصَ مِنْ فَرِيضَتِهِ شَيْءٌ... )
Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Amalan yang mula-mula sekali dihisab daripada seorang hamba di akhirat ialah solat. Jika ibadah solatnya diterima, nescaya diterima amalan-amalan yang lain dan apabila solatnya ditolak maka ditolaklah amalan-amalan yang lain”.
[Riwayat Imam an-Nasai’ no. 464, dan At-Tirmizi no. 413 ]


Ini betul-betul berlaku. Realiti sangat. Terlalu mengambil mudah tentang solat.

Janganlah begitu ya. Dosa kita dah banyak sangat, tak usahlah diganda-gandakan lagi dengan dosa besar meninggalkan solat dek kerana mahu berbuat dosa bertabarruj.

Syurga itu sebenarnya lebih mahal dari alat kosmetik termahal di dunia tau.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen