12 Petua Halau Cicak Yang Boleh Anda Cuba Di Rumah.

Oleh: Zuzu Yasmine

Masalah cicak yang terlalu banyak di dalam rumah kadang kala akan menyusahkan. Mana tidaknya, najisnya yang bersepah sudah tentu buat anda berasa tidak selesa. Bukan itu sahaja, anda yang sedang solat dan telekung ataupun tempat solatnya terkena najis cicak, pasti anda terpaksa ambil wuduk semula dan bersihkan tempat tersebut.

Melecehkan bukan?

Sudah cuba banyak cara, bahkan mengikut sunnah dengan membunuh cicik pada hari Jumaat juga masih banyak lagi yang tinggl sehingga buntu nak buat apa lagi.

Jangan risau, mungkin anda boleh cuba pula 12 petua yang dikongsikan ini. InsyaAllah berkesan.



1. Serai wangi

Cicak sangat anti dengan bau serai wangi. Kalau anda ada pokok serai wangi di belakang rumah, boleh ambil batangnya bersama sedikit daun dan letakkan di kawasan cicak selalu kelihatan. Kalau takde pokok serai wangi, tak mengapa. Anda boleh beli semburan serai wangi yang banyak dijual di kedai. Cuma spray saja di kawasan cicak selalu berkumpul. Insya Allah cicak akan lari keluar dari rumah anda.

2. Kulit telur

Selain bau serai wangi, cicak juga sangat bencikan bau telur. Selepas ini, kalau anda memasak menggunakan telur, simpan kulitnya. Masukkan kulit telur ke dalam bekas dan letak di kawasan cicak selalu kelihatan. Sesekali, periksa kulit telur tersebut bagi memastikan tiada semut membuat sarang di dalamnya.



3. Bawang merah

Mungkin anda tak tahu, cicak juga sangat bencikan bau bawang merah. Anda potong bawang merah dan letakkan di kawasan yang disukai cicak. Anda juga boleh kisar bawang merah dan sembur di kawasan yang berkenaan.

4. Bawang putih

Bawang putih juga mempunyai bau yang tidak disukai oleh cicak. Cara untuk menggunakannya sama seperti bawang merah tadi. Insya Allah cicak akan keluar dari rumah anda akibat tak tahan dengan bau bawang putih.



5. Serbuk kopi & tembakau

Cara yang ini agak kejam sedikit. Jika 4 kaedah di atas bertujuan untuk menghalau cicak supaya keluar dari rumah, kaedah yang ini pula bertujuan untuk membunuh cicak supaya mati. Anda perlukan serbuk kopi, tembakau, gam, dan pencungkil gigi. Caranya:

i. Campurkan serbuk kopi dan tembakau.

ii. Sapukan gam pada hujung pencungkil gigi.

iii. Semasa gam masih kering, benamkan hujung pencungkil gigi yang bergam tadi ke dalam campuran serbuk kopi dan tembakau. Gerak-gerakkan pencungkil gigi supaya serbuk tadi melekat kepadanya.

iv. Letakkan pencungkil gigi tersebut di kawasan cicak selalu kelihatan.

v. Cicak akan tertarik dengan bau yang dihasilkan oleh campuran tadi lalu menjilatnya.

vi. Bahan dalam campuran tadi akan menyebabkan cicak mati.



6. Serbuk lada hitam, serbuk cili, dan air

Tahukah anda, cicak tak suka benda yang pedas. Oleh itu, kalau anda nak halau cicak dari rumah, anda boleh gunakan bahan yang pedas iaitu serbuk lada hitam, serbuk cili, dan air. Caranya:

i. Kisar biji lada hitam sehingga halus. Atau anda boleh beli serbuk lada hitam.

ii. Campurkan serbuk lada hitam dengan serbuk cili. Serbuk cili ada dijual di kedai runcit.

iii. Masukkan campuran tadi ke dalam botol spray, masukkan air.

iv. Goncang sehingga sebati.

v. Sembur ke tempat cicak selalu kelihatan.

vi. Cicak akan lari bertempiaran akibat tak tahan pedas.

7. Gam tikus

Anda kenal gam tikus? Gam tikus juga boleh digunakan untuk menghalau cicak keluar dari rumah. Apa yang anda perlukan ialah gam tikus dan kertas keras seperti kotak. Caranya:

i. Potong kotak kepada saiz kecil, anggaran sebesar tapak tangan.

ii. Sapukan gam tikus di tengah-tengah kotak yang dipotong tadi.

iii. Letakkan di kawasan cicak selalu kelihatan.

iv. Boleh juga digantung di dinding atau siling yang selalu menjadi laluan cicak.

v. Apabila cicak lalu di atas kotak tersebut, ia akan melekat dan takkan dapat melepaskan diri.

vi. Tunggu cicak tadi mati, dan buang kotak tadi ke dalam tong sampah
.
8. Ply paper

Ply paper adalah perangkap yang boleh dibeli di kedai. Caranya lebih kurang sama seperti kaedah menggunakan gam tikus tadi. Anda letakkan ply paper di tempat cicak selalu kelihatan, atau letakkan di laluannya. Cicak akan melekat di atas kertas tersebut.

9. Minyak masak dan mentega

Ini adalah cara untuk membuat perangkap cicak homemade. Apa yang anda perlukan ialah minyak masak dan mentega. Cuma dua bahan. Caranya:

i. Masukkan minyak masak ke dalam sebuah bekas. Anda boleh guna minyak yang telah digunakan untuk memasak, tak semestinya kena guna minyak yang baru. Tak perlu membazir.

ii. Masukkan satu sudu mentega ke dalam minyak tadi.

iii. Gabungan minyak dan mentega akan menarik perhatian cicak.

iv. Cicak akan cuba menjilat bahan tadi lalu terjatuh ke dalam bekas dan mati lemas.

v. Sekiranya cicak tidak mati lemas, ia akan mati akibat memakan minyak dan mentega.



10. Sos tabasco

Sos tabasco adalah sos pedas. Maka, secara automatik ia tidak disukai oleh cicak. Apa yang anda perlukan ialah sos tabasco dan air. Caranya:

i. Masukkan sos tabasco ke dalam spray.

ii. Masukkan air.

iii. Goncang sehingga sebati.

iv. Spray di tempat cicak selalu kelihatan atau laluannya.

v. Cicak akan lari akibat tidak suka akan baunya.

11. Cili kering

Cili kering mempunyai bau pedas yang kuat. Anda boleh gunakan cili kering untuk menghalau cicak dari rumah. Terdapat dua cara yang boleh anda lakukan iaitu:

i. Gantung cili kering di tempat cicak selalu kelihatan.

ii. Atau anda juga boleh gunting cili kering, masukkan ke dalam bekas dan letak di tempat yang berkenaan.

iii. Cicak akan lari akibat bau cili kering yang kuat.

12. Perangkap cicak

Anda kenal perangkap tikus? Tahukah anda bahawa perangkap cicak juga ada dijual di kedai. Anda boleh beli perangkap cicak dan letakkan di kawasan yang strategik. Cicak yang terperangkap di dalamnya tidak akan berjaya keluar.

Selamat mencuba!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen