Jangan Pandang Remeh Pada Dengkuran, Ketahui Bahayanya Dan Cara Merawat Masalah Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Masalah dengkuran ini bukanlah perkara yang asing lagi dalam kalangan rakyat Malaysia ini. Bukan itu sahaja, tidak ramai yang menganggap penyakit ini adalah satu perkara yang serius malah hanya membiarkan mereka bersama dengkuran tersebut. Tidak hanya itu, ada diantara mereka yang menghidap penyakit ini tidak sedar bahawa mereka mengalami dengkuran ketika tidur.

Mungkin ada yang beranggapan ia perkara biasa, bahkan ada yang beranggapan bahawa dengkuran terjadi apabila seseorang itu terlalu penat mahupun mempunyai tidur yang nyenyak. Ramai yang berpendapat sebegini.

Menurut perkongsian Dr Ezairy M.Sallih, Ada beberapa sebab menyebabkan seseorang itu boleh alami berdengkur. Paling biasa ditemui ialah mereka yang berlebihan berat badan, ada sekatan pada mana-mana bahagian atas salur nafas atau struktur rongga mulut dan tekak pesakit.



Tetapi ramai di antara kita mengalami masalah ini hanya memilih untuk mengabaikannya sahaja. Persoalannya, bagaimana mahu merawat? Apa punca-puncanya?

Mengapa mereka berlebihan berat badan mudah alami berdengkur?

Ini berlaku akibat pengumpulan tisu dan lemak yang banyak pada bahagian sekitar leher mengakibatkan sempitan pada salur nafas. Apabila tidur, masalah dengkuran lebih mudah berlaku.

Apabila mereka berjaya mengamalkan gaya hidup lebih sihat. Berat badan berjaya diturunkan. Saya percaya masalah ini dapat dibantu.



Sekatan pada bahagian atas salur pernafasan, bahagian rongga mulut dan tekak boleh disebabkan oleh masalah pembesaran pada tonsil atau adenoid.

Apa lagi? Ada sesetengah pesakit juga mingkin mempunyai saiz lidah yang besar, saiz anak tekak ‘uvula’ yang panjang sehingga menyentuh lidah dan banyak lagi.

Ini semua boleh menyebabkan masalah berdengkur berlaku!

Rawatannya adalah perlu kepada pemeriksaan doktor. Lebih baik dapatkan rujukan ke klinik hidung, telinga dan tekak. Ada sesetengah keadaan memerlukan pembedahan. Ada yang perlu diturunkan berat badan dahulu.

Saya beri 3 tip untuk pesakit OSA, Obstructive sleep apnea.

1. Cuba kurangkan berat badan

2. Jaga pemakanan

3. Banyakkan aktiviti sihat seperti bersenam dan sebagainya

4. Saya tambah nombor empat. Jumpa doktor untuk rawatan dan pemeriksaan selanjutnya.

Kenapa OSA ini bahaya? Kerana ia boleh menyebabkan kerosakan jangka panjang fungsi organ lain seperto otak, jantung, buah pinggang dan sebagainya.

Jika anda kerap sangat mengantuk dan letih pada siang hari. Berdengkur di waktu malam, anda mungkin sedang mengalami gejala “obstructive sleep apnea”. Jumpalah doktor.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen