Asyik Tak Ada Duit Untuk Shopping? Cuba 5 Kaedah Ini.

Siapa sahaja yang tidak suka membeli belah, semua golongan pasti suka dengan aktiviti sebegini terutamanya golongan wanita. Golongan wanita lebih mudah dilihat sebagai kaum yang suka membeli belah kerana di kompleks membeli belah sahaja memang terdapat banyak barangan wanita.

Daripada hujung rambut sehingga ke hujung kaki.

Jika untuk rambut bukan sahaja perlu menggunakan shampoo, ada pula vitamin untuk menguatkan rambut, kemudian skin care untuk wajah yang kusam, pakaian untuk keyakinan diri, malah setiap penampilan pasti mahukan kasut yang bersesuaian pula. Termasuklah dengan pelbagai warna tudung.

Kemudian, hujung bulan sahaja pasti ada promosi, tapi gaji belum masuk lagi. Terpaksa pinjam daripada kawan atau ibu bapa untuk didahulukan, nanti pulang kembali duit mereka. Sanggup!

Jadi, bagi golongan wanita untuk tidak ketandusan wang ketika mahu membeli belah, ikuti tips dan kaedah ini…

1. Letakkan matlamat.

Sebagai wanita yang bijak dan bekerjaya, letakkan matlamat dalam apa setiap barang yang anda mahu beli. Sebagai contoh skin care, sudah sedia maklum, anda juga tahu skin care boleh digunakan sekurangnya 2 hingga 3 kali setahun, bukannya perlu dibeli setiap bulan, ataupun setiap minggu.

Jadi, simpan wang terlebih awal jika anda sudah mengetahui produk skin care anda akan habis dalam masa terdekat.

Jangan tergoda dengan produk baru, sehingga mahu membeli setiap bulan.

2. Dapat duit gaji, jangan terus habiskan.

Perkara yang paling lemah bagi kaum wanita adalah, teruja melihat duit yang banyak kemudian mahu habiskan semua wang tersebut. Sebagaimana anda perlu tahu konsep  ini…

‘Simpan Dahulu, Belanja Kemudian’

Jadi amalkan konsep ini setiap bulan. Simpanlah sekurang-kurangnya RM50-RM100 setiap bulan, sekiranya ada promosi di hujung bulan. Tidaklah terkecur air liur melihat barang yang tak dapat dibeli, sekurang-kurangnya beli juga daripada tiada.

3. Simpan untuk shopping akhir tahun.

Jualan Akhir Tahun!

Jualan Mega!

Adalah perkara yang di tunggu-tunggu oleh semua golongan. Jadi amalkan konsep ini. Mula sahaja tahun baru, simpan RM50 setiap bulan sebagai contoh. Jika berkemampuan, tidak salah simpan lebih sedikit. Jadi, anda akan dapat jumlah RM600 untuk setahun. Selalunya jualan akhir tahun pasti ada jualan murah juga, dengan RM600 sudah pasti banyak barang yang anda boleh beli.

4. Simpan terpaksa.

Bagi anda terlalu banyak untuk disimpan seperti untuk dana kecemasan, simpanan untuk kahwin, simpanan untuk roadtax,  dan macam-macam simpanan lagi. Jadi kaedah ini adalah simpanan paksa rela. Asalkan simpan juga, akhir tahun ada jualan murah dapat juga beli sesuatu. Ibarat reward untuk diri sendiri.

RM30 setiap bulan, RM1 untuk sehari sehingga 365 hari. Dapatlah jumlah RM365.

5. 20% daripada duit hiburan.

Terlebih berbelanja? Tak tau nak guna fomula yang mana untuk menyimpan, tapi dalam pada masa yang sama boleh shopping tanpa rasa bersalah.

Antara formula yang anda boleh gunakan sebagai panduan adalah formula 50:30:20 daripada gaji anda.

Ketepikan terlebih awal 50 dan 30, kerana ia untuk komitmen dan simpanan tetap/pelaburan/takaful.

Sebagai contoh: 20% daripada gaji anda RM3000 = rm600

Takkan RM600 semua untuk shopping, kan? Makan minum macam mana pula, kerana itu perlu agihkan lagi 20% daripada RM600 setiap bulan iaitu RM120. Maka anda mempunyai RM480 untuk belanja harian.

Semoga Dijadikan Panduan Untuk Bershopping!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen