10 Pekerjaan Ini Mampu Membuatkan Badan Anda Menjadi Gemuk.

Dalam diam dan secara tidak sedar, antara pekerjaan yang kita lakukan setiap hari boleh menjadi punca berat badan kita naik. Pasti ramai yang mengalami dimana, masuk sahaja ke alam pekerjaan pasti naik berat badan. Cuba lihat antara pekerjaan yang sebenarnya membuat badan anda menjadi gemuk…

1. Ejen Pelancongan.

Image result for travel agent and eat gif

Siapa yang tak nak bekerja sambil melancong kan? Tapi, pekerjaan ini juga boleh buat anda makan dengan banyak. Dah kena perkenalkan tempat makan best, mestilah kena cuba banyak tempat makan kan?

2. Peguam.

Image result for lawyer gif

Kerjaya sebagai peguam memang tidak akan lari daripada tekanan. Bila tertekan, buat apa lagi? Makan laaa.

3. Pekerja Sosial.

Pekerjaan ini banyak menghabiskan waktu di pejabat dan di depan komputer. Nak makan pun kena makan depan komputer. Kerjaya ini tidak memerlukan banyak pergerakan. Sebab itu badan cepat naik!

4. Guru.

Tidak dinafikan bahawa kebanyakkan guru berbadan berisi kerana mereka banyak menghabiskan masa di meja selain mengajar di hadapan pelajar.

5. Pekerja Seni, Pereka & Arkitek.

Waktu makan pekerja bidang ini tidak teratur kerana waktu kerja mereka adalah fleksibel dan tiada waktu tetap. Banyak masa mereka di habiskan meja. Tak mustahil berat badan semakin naik.

6. Pembantu Tadbir.

Related image

Pekerjaan ini juga mempunyai waktu yang fleksibel dan banyak masa dihabiskan di meja sahaja. Kerjaya ini banyak di dominasi oleh golongan wanita. Bila jumpa geng, memang selalu pergi makan la.

7. Saintis.

Pekerjaan professional seperti ini kadangkala membuatkan mereka lupa tentang tabiat pemakanan yang sihat. Disebabkan sibuk, mereka akan makan apa sahaja.

8. Pegawai Polis.

Related image

Pegawai polis berdepan dengan macam-macam masalah. Disebabkan itu, pekerjaan ini antara pekerjaan yang paling stres. Bagi melawan tekanan, mereka akan makan. Anda mesti pernah nampak pegawai polis berperut boroi kan?

9. Pegawai Perhubungan Awam & Pemasaran.

Pekerjaan ini dikatakan tidak terlalu banyak tekanan tetapi mereka perlu menghadiri pelbagai jenis majlis yang mempunyai ‘makan-makan’. Diberi makanan, takkan nak tolak pulak kan?

10. Pegawai Teknologi Maklumat.

Pekerjaan ini banyak menghabiskan masa di depan komputer dan tidak lari dari tekanan. Mereka sering bekerja hingga lewat malam dan membuatkan mereka mengamalkan tabiat pemakanan yang tidak sihat.

Jadi, Anda Yang Mana? Sekadar Hiburan Semata-Mata!

Sumber Gambar: Google.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen