“Macam Mana Nak Tetapkan Matlamat Menyimpan Emas?” Ikuti Perkongsian Ini.

Pada masa kini, ramai sahaja dikalangan kita masih tiada matlamat untuk menyimpan emas sebagai dana kecemasan mahupun untuk pelaburan. Hal ini terjadi kerana kurangnya ilmu, takut ataupun malas untuk mengambil tahu. Namun, ikuti perkongsian daripada Puan Marlia Ramli ini berkenaan dengan cara untuk menetapkan matlamat emas…

********

Nak Tetapkan Matlamat Emas?

1 - Hari ini nilai satu kilogram emas adalah RM185,000. Pada tahun 1998, satu kilogram emas hanya RM30,000. Maknanya. Jika ada RM185,000 pada tahun 1998 kita boleh tukarkan kepada 6.16 kilogram emas pada hari ini. Maknanya nya kita boleh dapat enam buah apartment hari ini jika kita beli emas pada tahun 1998. Tapi.. kita tak beli bukan? Tak apalah, lambat tidak semestinya tak boleh bermula.

2 – Ya… Matematik mudah… Dengan 6.16 kilogram emas (RM185,000) pada tahun 1998, hari ini kita boleh dapat enam buah apartment. Maknanya? Dengan hanya beli RM185,000 emas pada tahun 1998, hari ini kita tak perlu berhutang untuk beli sebuah hingga enam buah rumah. Sedangkan nilai satu kilogram emas hari ini adalah RM185,000. Alah.. tolak spread berapa lah sangat.

3 – Nampak tak? Emas tidak menjadikan sesiapa kaya tiba-tiba. Tapi emas menjadikan kita semakin mampu membeli. Lebih banyak dan lebih awal kita beli emas, lebih tinggi peluang kita untuk meningkatkan kuasa beli. Kerana dalam tempoh jangka panjang, emas tidak tergugat dengan ancaman inflasi.

4 – Zaman akak dulu, anak cakap, kesiannya Mama.. Bawak RM1 ke sekolah. Akak tak faham apa yang kesiannya? Sebab dengan RM1 waktu tu akak boleh beli nasi lemak (40 sen), air sirap (10 sen) dan baki 50 sen boleh beli laksa lagi! Besarnya kuasa beli zaman tu. Best!

5 – Tapi hari ini anak akak kalau bawak RM1 cuma dapat air sirap dan kebuluran tak makan. Sebab nasi lemak kosong hari ini RM1.20. Nampak tak? Pada tahun 1997 nilai 1 USD hanya bersamaan RM2.50 sedangkan hari ini nilai 1 USD bersamaan RM 4.10.

Maksudnya? Dengan matawang, kita semakin miskin sebanyak 64% dalam tempoh 22 tahun. Dan dengan emas, kuasa beli kita meningkat. Patutlah bawa RM50 ke pasaraya tak nampak pun barang yang dibeli sedangkan emas kita rasa semakin mahal saban tahun.

6 – Akak selalu bagitau… Emas adalah simpanan jangka panjang. Maka… Pastikan diri ada wang tunai juga day to day sebagai voucher kegunaan harian.

Selebihnya simpanlah sebahagian dalam bentuk emas sebagai pelindung kekayaan. Dengan ilmu, simpan emas tak akan lemas pada waktu cemas. Lagipun hari ni jual emas, esok dah dapat wangnya. Bukannya perlu tunggu berbulan-bulan cam jual rumah.

7 – Emas cara simpanannya tak boleh gopoh. Terbaiknya elak beli hari ni esok nak jual. Bila ada matawang untuk day to day, kita boleh peram emas selama yang boleh. Bukan emas je, simpanan apa sekalipun tak boleh gopoh. Mana ada orang kaya dengan menabung satu dua tahun saja?

Sebagai contoh, kita tetapkan tempoh masa dan berapa gram emas pelaburan yang kita perlukan :

  • Nak tunaikan haji 60 gram seorang x 4 ahli keluarga = 240 gram
  • Nak talian hayat untuk menyelesaikan baki hutang rumah bila bersara contohnya 1 kilogram.
  • Nak cover kos perkahwinan anak-anak 40 dinar x 2 = 80 dinar bersamaan 340 gram.
  • Nak dana cemas agar sukar bocor dalam 3 bulan = jika gaji RM5,000 bersamaan 82 gram

Jumlah sasaran = 1,662 gram atau 1.62 kilogram emas

Tudiaaaa.... Banyaknya?

Macam akak cakap ini cuma lah contoh. Sesuaikan mengikut matlamat masing-masing. Mulakan dengan satu gram secara berperingkat. Selagi tak mula, jangan kan satu kilogram, setengah gram pun tak akan ada. Buka je akaun simpanan emas yang selamat dan patuh shariah iaitu akaun emas GAP.

Nampak kan?

Susah ke NAK TETAPKAN MATLAMAT EMAS? Tak susah sebenarnya jika anda tahu mengapa anda menabung emas secara berdikit? Tak susah jika anda tahu apa matlamat peribadi anda. Tak susah jika anda tahu berapa yang anda perlukan?

Fokus dan fokus. Pelabur dan penyimpan yang berjaya mencapai sasaran selain ilmu ada dua lagi penentunya : matlamat dan disiplin tindakan.

********

Semoga Bermanfaat Dan Dijadikan Panduan!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen