Perempuan Lebih Tua Dari Lelaki Vs Perempuan Lebih Muda Dari Lelaki.

Oleh: Rafi

Perempuan Lebih Tua Dari Lelaki Vs Perempuan Lebih Muda Dari Lelaki. Banyak kes perceraian berlaku disebabkan kurang persefahaman antara pasangan lelaki dan perempuan. Kurang persefahaman ini mungkin kerana perbezaan umur sama ada perempuan lebih tua dari lelaki atau perempuan lebih muda dari lelaki. Gaduh sikit je terus bercerai. Umur pasangan sama ada tua dan muda, bagi kita nampak remeh je tapi sebenarnya yang remeh itulah perlu diberi perhatian.



CARA MEMAHAMI HATI PASANGAN MENGIKUT UMUR.

1. Perempuan lebih tua dari lelaki.


Perempuan yang lebih tua dari lelaki selalunya bersikap matang, setia, banyak menegur, peramah dan suka tengok orang yang dia sayang tu bahagia. Tapi dia suka bersedih sendirian, tahap ego yang tinggi, cemburu, sensitif, mudah wasangka, cepat merajuk dan susah untuk dipujuk. Kadang-kadang susah nak faham kehendak dia. Perempuan yang umurnya lebih tua dari lelaki sebenarnya tak suka dirinya ditegur. Walaupun dia emosi sikit tapi jangan risau sebab dia ni seorang penyayang dan pandai menghargai orang.



2. Perempuan lebih muda dari lelaki .

Perempuan yang lebih muda dari lelaki adalah biasa. Beza umur dengan lelaki biasanya antara 2-5 tahun. Perempuan macam ni selalunya jenis yang ceria dan kelakar. Dia suka bercakap banyak. Jenis yang sporting tapi kuat cemburu dan sensitif. Dan lelaki kena banyak ikut kemahuan dia. Kurang matang tapi memahami. Kadang-kadang perempuan yang lebih muda akan cari masalah dengan pasangannya semata-mata nakkan perhatian yang lebih dari pasangnnya. 

3. Perempuan dan lelaki yang sama umur.

Pasangan yang sama umur memang nampak sweet tapi negatifnya sama-sama ego. Susah nak memahami antara satu sama lain dan kurang matang. Maklumlah, masing-masing tak nak mengalah dan selalu gaduh. Mood kedua-dua pasangan pun berubah-ubah. Masing-masing nak tunjuk hebat. Biasa la, darah orang muda. Perlu banyak bertolak ansur dalam sesuatu perkara supaya masalah yang dihadapi itu tak bertambah besar.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen