Nak Nampak Hebat. Ini 4 Tip Menjaga Penampilan Diri Untuk Lelaki.

Oleh: Rafi

Nak nampak hebat dimata semua orang. Ini 4 Tip Menjaga Penampilan Diri Untuk Lelaki.

1. Peka terhadap kebersihan.



Badan yang bersih mampu mengelakkan anda dari sebarang penyakit. Sedar atau tidak sebenarnya mempengaruhi penampilan anda sehari-hari. Tanyalah sesiapa sahaja terutamanya wanita adakah mereka rela keluar dengan lelaki yang pengotor (berkuku hitam, nafas berbau dan berkelumumur) walaupun mengenakan pakaian berjenama terkenal dan pastinya jawapan yang akan keluar dari mulut mereka ialah “TIDAK”. Elakkan berlakunya perkara sedemikian dengan mengambil berat perihal kebersihan. Lakukan sesuatu terhadap anggota atau bahagian badan yang ‘bermasalah’ secepat mungkin.

2. Cergas dan cerdas serlahkan penampilan.

Peruntukkan masa yang singkat untuk melakukan senaman yang ringkas, mampu kelihatan cerdas sepanjang hari sekali gus mencerminkan penampilan yang menarik ketika berada di khalayak. Perlu diingatkan bahawa tubuh badan yang sihat memberikan anda lebih stamina untuk melakukan sesuatu kerja selain memberi kesan positif kepada sikap serta keyakinan diri.



3. Lebih penjagaan untuk kulit wajah.

Bayangkan anda berada di sebuah majlis yang hebat, berpakaian mahal tetapi tiada seorang pun wanita yang sudi menghampiri. Pastinya seribu satu macam persoalan menghuni fikiran mengapa situasi tersebut berlaku. Periksa kembali penampilan anda dan mungkin juga bahagian yang bermasalah ialah kulit wajah. Aplikasikan tiga langkah mudah iaitu membersih, menyegar dan melembap selain mendapatkan rehat yang cukup untuk mengembalikan keserian wajah.

4. Amalkan sikap berbudi bahasa.

Umum mengetahui bahawa wanita amat tertarik kepada lelaki yang bersikap gentleman seperti membuka pintu kereta. menarik kerusi di meja makan atau memimpin ketika melintas jalan, memberikan tempat duduk kepada individu yang lebih memerlukan dan banyak lagi. Dengan mempraktikkan cara ini, penampilan anda pasti lebih lengkap di samping wajah yang kacak, pakaian yang segak serta amalan kebersihan yang sempurna.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen