Bapa Ini Kongsi Pendinding Diri Yang Paling Ampuh Bagi Setiap Anak Perempuan.

Oleh: Zuzu Yasmine

Orang kata menjaga anak perempuan ini lebih sukar berbanding menjaga lembu seekor, itulah yang sering diperkatakan oleh orang-orang tua dahulu mengenai anak perempuan. Mana tidaknya, anak perempuan ini perlu dijaga seeloknya dari kecil sehingga dewasa. Malah anak perempuan juga seumpama maruah kedua ibu bapanya. Sebab itu didikan yang betul perlu diberikan kepada mereka.

Bukan sekadar didikan, malah pelindungan serta pesanan turut perlu disertakan kepada anak perempuan ini. Hal ini kerana, mereka ini lembut hatinya, itu yang menyebabkan mereka ini perlu diberi pelindungan yang lebih berbanding anak lelaki.

Bahkan dalam semua perkara ini pasti bapalah yang memainkan peranan sebenar untuk melindungi anak perempuan mereka. Macam yang dilakukan oleh Dr. Taufiq Razif ini, yang sentiasa memesan 3 perkara ini kepada anak perempuannya.



"Maryam jangan mandi dengan sepupu lelaki tau!"

Ni lah pesanan saya tiap kali anak saya, si Maryam Soolihah ni nak balik kampung atuk dan neneknya.

Bukan sebab saya tak percayakan anak buah dan sepupu sepapat sendiri tetapi sebagai langkah pencegahan (precautions) dan untuk tanamkan RASA MALU dalam diri anak perempuan saya tu.

Anak perempuan ni tak macam anak laki sikit. Jiwanya lembut. Dipuji, dirayu sikit je dia boleh tewas. Jadi kita sebagai mak ayah ni la kena ajar anak kita bina PENDINDING DIRI!



Selain doa, pendinding diri paling ampuh pada anak perempuan adalah :

1. Rasa malu

Anak yang tebal rasa malunya akan menjauhkan diri bila ada yang ajak buat benda benda pelik dan tak senonoh. Fitrah malu tu sendiri dah ada dalam diri anak kita cuma kita la kena berjaga jaga jangan sampai rasa malu & harga diri tu hilang daripada anak anak kita

Biar pun Maryam masih kecil dan auratnya pun tak wajib ditutup tapi kalau dia tergedik gedik keluar bilik air tanpa pakai tuala dekat kampung memang saya jerit lah " Maryam! Malulah kalau sepupu laki nampak!!! "

2. Tolak Permintaan dan "say NO"

Anak perempuan biasanya paling mudah makan pujuk rayu orang. Jadi saya kena ajar kalau ada orang lain nak pegang tempat sulit anak perempuan saya ataupun buat benda benda yang dia tak suka cakap je" NO! TAK BOLEH! "
Saya ajar je anak saya beradab dan hormat orang tapi kalau melibatkan maruah, nak tendang ke nak gigit ke dipersilakan! Ajar juga anak kecil kita menjerit ye. Jangan main main, jeritan anak kecil boleh menyelamatkan nyawa dan maruahnya tau!

3. Jangan Berhenti Mengadu

Ni la kenapa, walau apa pun terjadi saya akan jaga TRUST si Maryam tu pada saya. Dengan TRUST la anak akan jadi tak kekok nak mengadu kat saya.

Bila si Maryam Soolih ni mengadu, saya kena fokus mendengar dan bagi respon yang cepat dengan aduannya walau sesibuk apa pun saya. Saya kena jadi BEST LISTENER pada anak saya walau sesibuk apa pun saya!

Kenapa? Sebab saya taknak anak saya berhenti mengadu kat saya. Memang la agak annoying bila semua benda dia nak mengadu kat kita tapi tanpa sedar tu la sebenarnya tanda anak kita masih PERCAYAKAN kita!

InsyaAllah bila semua pendinding diri ni ada pada anak kita, anak kita akan selamat. Ajar la pasangan kita tentang benda ni juga ye untuk keselamatan anak anak kita semua.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen