Banyak Cara Untuk Suami Isteri Beramal Sekali Gus Dapat Menghapuskan Dosa Kecil...

Oleh: Zuzu Yasmine

Ramai yang berniat apabila berkahwin ingin kumpul lebih banyak pahala malah ingin mengejar syurga di akhirat kelak. Sudah tentulah isteri-isteri yang mempunyai niat sebegini. Mana tidaknya syurga isterikan pada suami maka sudah tentulah ini niat yang akan ditanam pada setiap wanita.

Niat sahaja tidak guna jika tidak berusaha untuk mengejar apa yang dimahukan itu. Ini kerana, banyak perkara yang boleh diamalkan untuk isteri-isteri memperolehi perhala yang melimpah bahkan mampu menghapuskan dosa-dosa kecil.

Berdasarkan perkongsian dari saudara Firdaus Mokhtar, terdapat banyak amalan yang dapat dilakukan dalam kehidupan rumahtangga ini. Mari ikuti perkongsiannya.



Hidup rumahtangga sebenarnya ada banyak jalan untuk kita beramal sekali gus dapat menghapuskan dosa-dosa kecil.

Ini perkara yang kalian boleh buat untuk menceriakan rumahtangga.

1. Memandang muka pasangan dengan penuh kasih sayang.

Berapa kali kita melihat muka pasangan kita setiap hari? Iyalah dah asyik skrin henfon kau je yang kena tenung. Kahkah.

Pandang sahaja, lahirkan kembali rasa cinta pada pasangan kalian. Doakan juga mereka dalam hati. Di situ ada rahmat Tuhan buat rumahtangga kita.

2. Memegang tangan pasangan.

Pegang tangan ni biasanya makin lama makin pasangan suami isteri jarang buat. Tak semua tapi kebanyakkan. Dulu masa belum kahwin beria pegang, tak mahu lepas.

Awal kahwin pun sama. Tapi dah lama-lama malu katanya. Kau nak malu apa bang. Bini kau lahhh. Kahkah.

Jadi peganglah. Bersilang jari jemari, tersemat cinta abadi. Haa begitu.

Waktu berjalan, waktu tidur, waktu duduk menonton movie. Waktu dia nak masuk bilik air kau lepaskanlah. Kalau nak merindu, eh boleh je. Fatzura kan begitu. Ewahhh.

3. Menyatakan rasa kasih dan rindu buat pasangan.

Iya bukan waktu suami ke bilik air sahaja, tapi selalu. Huhu.

Cuba kalian WhatsApp ke pasangan waktu kerja, kata kalian rindu. Tengok dia balas apa. Tapi apa pun balasan dia, mesej lagi sampai akhirnya dia juga balas dia rindukan kita.

Sweet kan? Perasaan sweet yang halal ini Tuhan suka. Di sinilah keindahan rumahtangga.

4. Belikan hadiah ringkas.

Ikut kemampuan kalian lah. Beli coklat murah pun boleh. Sebut itu hadiah, jadilah dia hadiah. Tak payah tunggu nak kena beli rantai berlian baru nak rasa itu hadiah.

Kita yang menerima hadiah pula, sekali pun cuma sebungkus nasi lemak yang pasangan kita sebut itu hadiah, hargailah.

Saling menghargai itu lah perasaan bahagia.

5. Telefon dan berbual mesra.

Dulu waktu pakai prepaid, telefon selalu. Topup kredit banyak kali pun tak apa. Sekarang sekali bayar, telefon tanpa limit tak pula telefon.

“Entah tak ada apa nak cakap.” Kahkahkah. Semua dah habis cerita ke puan? Haihh.. Banyak benda boleh sembang.

Iya kawan-kawan, rumahtangga ini tiada orang lain yang boleh bentuk dan corakkan melainkan suami isteri itu sendiri.

Jadi perkara utama yang perlu dibentuk adalah diri kita dan pasangan.

Begitulah.

Firdaus Mokhtar,
Selamat beramal.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen