“Dalam Menjaga Pandangan, Ia Perlu Dimulakan Dari Lelaki, Kemudian Perempuan” –Habib Ali Zainal Abidin-

Dalam menjaga ikhtilat antara lelaki dan perempuan, lelaki dahulu yang perlu menundukkan pandangannya terhadap wanita. Namun, pada masa kini dengan perubahan masa dan zaman, ramai yang beranggapan kaum wanita juga perlulah menjaga aurat dan penampilan supaya lelaki mampu menundukkan pandangan.

Jika kaum wanita daring dan boleh melakukan apa sahaja, tidak hairan akan berlakunya pencabulan, rogol ataupun sumbang mahram. Adakah dalam situasi ini, kaum wanita perlu dipersalahkan secara total?

Jom lihat penjelasan daripada Habib Ali Zainal Abidin ini…

********

Image may contain: one or more people, people sitting and indoor

Menjaga Pandangan.

Kata Baginda Nabi SAW Tidak ada fitnah dahsyat setelah aku terhadap ummat aku melebihi, dahsyatnya fitnah perempuan pada laki-laki. Kalau lelaki boleh jaga maruah, tak mengorat perempuan, tidak akan ada perempuan yang berlengguk-lengguk di tepi jalan. Wahai kaum laki-laki, jaga maruah kamu, tidak kacau orang, tidak ganggu orang, tidak mengorat perempuan, jika kamu menjaga itu, perempuan akan menjaga dirinya.

Tapi perempuan akan mula jaga maruahnya, kehormatannya, apabila laki yang mula menjaga dulu. Jika tengok perempuan berhias lebih-lebihan tundukkan kepala, jika ia menggoda, dan laki-laki tidak melayan, pada saat itu perempuan akan menjaga maruahnya.

Akan tetapi selagi lelaki gatal, selagi itu perempuan menggoda. Jadi kena mula dari siapa? Ya laki-laki dahulu. Jangan salahkan perempuan sorang. Engkau jaga diri kamu, nescaya perempuan akan menjaga diri mereka.

Sebab itu yang pertama sekali disuruh oleh Allah SWT, adalah laki-laki.

Iaitu katakanlah;

"Wahai Muhammad, pada laki-laki untuk menjaga mata mereka. Yang kedua, menjaga pada perempuan. Wahai Adam dan Hawa, masuklah kamu ke syurga. Wahai Adam dan Hawa iblis musuh kamu. Wahai Adam dan Hawa jangan sampai iblis keluarkan kamu dari syurga.

Jika tidak kamu Wahai Adam akan celaka. Kenapa Adam sahaja yang celaka? Kenapa tidak dua-dua?.

Ini sebab tanggungjawabnya itu ada pada laki-laki. Kita bukan kena garang pada perempuan, tidak, saya tidak cakap begitu. Kita menjalankan tugas syarak, yang ditentukan syarak, seperti sesuatu yang di kehendaki oleh syarak, itu adalah tanggungjawab laki-laki.

******** 

Semoga Bermanfaat!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen