Elakkan Wajah Isteri Berkedut Lebih Awal, Ini 6 Cara Naikkan Seri Wajah Isteri Tersayang.

Oleh: Zuzu Yasmine

Penat tengok muka isteri hari-hari stress memanjang. Berkerut dahi sepanjang masa. Itu belum lagi, setiap kata-katanya itu menunjukkan bahawa dirinya itu stress dengan tugas-tugas hariannya. Mana tidaknya, belum hilang penat menguruskan kerja di tempat kerja, sampai rumah dia perlu menyambung tugasnya untuk suami dan anak-anak pula.

Habis kita sebagai suami ini tidak akan mahu lihat, diam dan biarkan sahaja. Tak akan kita tidak sakit mata melihat isteri kita stress hari-hari. Bukan itu sahaja, dalam stress isteri kita itu, kadang kala kita sebagai suami ini turut terkena tempias yang sama. Bukan ke tidak seronok sebegitu.

Sebagai seorang suami, tugas kita bukan hanya pada melaksanakan tanggungjawab sahaja, bahkan bukan sekadar memberi nafkah sahaja. Membahagiakan isteri juga merupakan salah satu tanggungjawab suami.

Jadi macam mana seorang suami mahu menaikan seri wajah isteri agar tidak mudah berkedut dan selalu tersenyum apabila melihat suaminya?

Mari ikuti cara Dr. Taufiq Razif ini.



1. Selalu buat lawak yang kadangkala hambar asalkan si dia tersenyum.

2. Selalu buat urutan badan kalau isteri dah mula mengadu sakit sakit badan akibat kepenatan.

3. Suruh dia ambil masa untuk "ber- Me Time" dengan Tuhannya dengan bangun awal dan solat tahajjud sebelum subuh.

4. Selalu puji kecantikan dia setiap kali dia habis berdandan walaupun tanpa diminta.

5. Sensitif dengan kepenatan si dia. Bila nampak dah penat sangat, saya akan ambil alih semua tanggungjawab di rumah dan minta si dia tidur dan berehat.

6. Tadah telinga ketika si dia meluah dan bercerita walaupun benda tu tak ada kena mengena pun dengan saya.

Tak percaya cuba lah sendiri. Jangan terkejut kalau isteri kita tiba tiba jadi naik seri wajahnya dan kembali cantik seperti dahulu kala.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen