Ada Lagi Ke Istilah Takut Bini Atau Queen Control? Ikuti Perkongsian Ini.

Istilah takut bini sering diguna pakai untuk suami-suami yang seolah-olah dikongkong oleh isterinya sendiri. Malah, apabila meminta izin daripada isteri jika mahu kemana-mana pun, dipandang rendah oleh masyarakat.

Sepatutnya isu sebegini tidak patut berlaku kerana suami isteri lebih terbuka seperti perkongsian dari Puan Marlia Ramli ini…

********

1 - Isteri urus keluar masuk wang keluarga. Mesti queen control ni? Mesti bini garang ni? Padahal kau tak tau, bini dia lah yang paling manja mengalahkan kucing Parsi. Tak kan dia nak citer kat kau?

2 - Suami berbincang isu persaraan dengan bini? Nak pegi mana semua bagitau bini? Mesti kena bomoh ni? Mesti bini dah bagi suami makan ntah apa benda ntah? Padahal kau tahu ke bini dia setaat mana? Acah-acah kau pulak pemegang tiket syurga neraka.

3 - Looks kawan... bukalah minda. Istilah queen control dan membomoh sesiapa dah lapuk sebenarnya. Nak membawang pun janganlah hingga membodohkan diri pula. Adakalanya kalau kau rasa kau tak pandai, merendah diri dan diam lebih baik daripada berkata sesuatu yang mempamerkan ketidakpandaian itu.

4 - Hari ini suami isteri lebih terbuka. Lebih berbincang. Lebih merancang. Bukan hanya tahu kewangan koyak masalah rumahtangga mahu dicanang. Padahal selama ni masing-masing saling menyorokkan.

5 - Wang yang masuk dua cabang dan keluar dua cabang merisikokan kebocoran tabung persaraan. Redundancy cost mungkin berlaku. Terbaiknya masuk dari dua cabang dan diuruskan dari satu cabang.

6 - Akak pernah jumpa arjuna pesen gaji sendiri tak brapa cukup, sibuk nak berbini lagi. Gebang acah kaya di kedai kopi. Nafkah isteri sedia ada pun tak mampu beri. Tak malu punya manusia. Nyampah kita!

7 - Inilah... sebab rasa diri kaya. Terbiasa sejak awal kawen uruskan wang masing-masing. Siap bahagi isteri dipertanggungjawabkan itu ini. Bila isteri yang bantu segala, suami tak nampak perbelanjaan sebenar keluarga. Wang lebihan di tangan mula serasa kaya.

8 - Sebab itulah pendapatan perlu digabungkan. Masuk ke satu cabang dan dikeluarkan dari satu cabang. Lebihan segera tukarkan kepada harta, bukan sibuk menambah cawangan muda atau enjoy saja.

9 - Lebih berstrategi jika berbincang dan merancang. Jika pendapatan kecil, uruskan cara kecil. Jika pendapatan lima enam angka, tetap uruskan cara bergaji kecil juga. Sentiasa hidup di bawah kemampuan. Lebihan wang tukarkan kepada logam emas atau rumah pelaburan. Barulah bertambah harta.

Cukup-cukuplah buang minda sempit yang sakit. Asalkan suami bertanggungjawab, kita cakap isterinya queen control bagai. Asal suami isteri saling membantu urusan rumahtangga kita mula pandang serong. Ini pemikiran yang tidak membawa kebaikan kepada sesiapa.

11 - Gamaknya masyarakat suka suami pesen keluar malam balik tak dipersoalkan, urus duit sendiri hingga nafkah tak tertunaikan dan buat ikut suka hingga keperluan keluarga diabaikan? Well... wang masing-masing bukan?

12 - Entahlah... Pelik... pelik... Formula mudah, bila pasangan terbuka berbincang dan merancang, sama-sama nampak kos keseluruhan. Keluarga bebas masalah kewangan dan cinta lebih mudah dipupuk.

13 - Kita ni cinta tahap dewa camne pun kalau asyik duit tak cukup dan menyewa hingga bersara lama kelamaan berselisih pendapat juga. Sebolehnya elakkan dengan pengurusan kewangan yang mampan bersama-sama semenjak muda. Bukan masa tua wang masing-masing entah ke mana, bila dah bersara masih bekerja nak menyara isteri muda pula. Tak penat ya?

14 - Bila selalu berbincang, suami isteri masing-masing faham wang pergi ke mana. Agihan persaraan berapa? Harta sebanyak mana? Hutang boleh diselesaikan semua pada bila? Dana persaraan sekukuh mana? Tak kan tak ada impian mahu rumahtangga hingga ke syurga ya?

15 - Eh! Lantaklah sapa nak cakap QUEEN CONTROL DAN TAKUT BINI sekalipun. Masa kau susah, isteri inilah yang di sisi. Bukan jiran Lebai Salleh Wayar, Pak Long Leman Senget, Mak Bedah Ronggeng, Cik Tipah Ranggi atau sesiapa ya! Masa senang orang luar boleh mengata, masa susah semua orang buat-buat pejam mata. Hmmmm....

********

Semoga Dijadikan Iktibar!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen