"Bukan Belikan Mainan Berbakul-Bakul, Atau Baju Berjenama" Tetapi Dengan 3 Cara Ini Cukup Membuat Anak Tahu Anda Sayang Pada Mereka.

Oleh: Zuzu Yasmine

Kata-kata sayang itu sememangnya mudah untuk diucapkan, malah jika diucapkan beribu kali juga adalah perkara yang biasa. Namun, orang yang kita katakan sayang itu dapat fahami atau merasai kasih sayang kita itu? atau kasih sayang itu hanya sekadar kata-kata.

Terutama jika anak anda itu masih belum tahu apa itu sayang atau membalas kata-kata sayang kepada anda. Sudah tentu mereka ini menganggap ia sekadar kata-kata sahaja. Namun begitu, cara nak tunjuk kasih sayang kita pada anak bawah 2 tahun, bukan dengan membeli mainan berbakul-bakul atau membeli barangan bayi berjenama. Sebab anak tak tahu pun harga atau jenama yang kita beli untuk mereka.



Menurut Puan Maryam Jamadi seorang Occupational Therapist, menyatakan bahawa tidak susah untuk menambat hati anak bawah disebabkan perkembangan berfikir mereka bergantung kepada rangsangan deria dan mereka masih belum pandai manipulate dan faham maksud "I love You", kita baca puisi membebel panjang yang kita sayang anak pun mereka tak faham.



Caranya:

1. Masa berkualiti.

Masa dimana tumpuan 100% pada anak, tanpa sambil berbalas whatsapp atau comment di facebook. Layankan mereka bermain, anak yang dalam fasa meniarap mak ayah pun join meniarap macam komando. Anak yang dalam fasa merangkak, mak ayah pun main kejar kejar sambil merangkak. Tak jatuh pun maruah kan? Hehe 😅

Kalau mak ayah yang bekerja, mainlah bersama anak sekurang-kurangnya 1 jam. Tutup tv, biarkan hanya suara kita dan suara anak sahaja ada. Dapatkan "trust" suara kita dalam perkembangan emosi anak bawah 18 bulan. Pastikan suara kita nombor 1, macam mana nak test? Kita bisik atau dari jauh anak dah kenal suara mak ayah ataupun dalam keadaan bising pun anak boleh kenal suara kita.

Kalau kenal, tahniah! Encik puan dah memang tempat pertama "Carta Suara" dalam hati anak 👏

2. Pelukan dan sentuhan.

Perkembangan emosi anak akan berkembang dengan pesat dan stabil jika kita selalu memeluk anak terutamanya semasa umur bawah 2 tahun. Pelukan umpama "makanan" minda anak, terlalu banyak kebaikan pelukan dalam perkembangan otak yang sihat.

Peluk, belai kepala anak seterusnya cium dahi anak. Alangkan kucing yang garang pun jadi jinak dan manja bila kita usap kepala mereka, apatah lagi anak. 😘

3. Urutan.

Badan anak dari selepas lahir ini umpama orang bina badan terutamanya semasa bawah 1 tahun, dari tak ada otot lembik sahaja selepas lahir. Mereka setiap hari "bina badan" untuk ke posisi meniarap, merangkak, dan berjalan. Jadi, urutan memang diperlukan untuk melegakan otot-otot halus mereka yang tegang terutamanya di kawasan betis disamping memberi rangsangan deria sentuhan pada anak.

Kalau nak anak merangkak cepat atau jalan cepat, caranya bukan beri walker ya. Tetapi salah satu cara yang berkesan adalah dengan urutan 😉

Berapa kali sehari? Pendapat saya, sekurang-kurangnya 2 kali sehari dan waktu yang paling sesuai adalah selepas mandi. Penting sangat urutan bagi anak bawah 1 tahun. Jangan abaikan part ini!

Ada kajian tentang kesan urutan untuk anak pramatang selepas lahir, terbukti bayi yang kerap diurut akan keluar hospital cepat berbanding bayi yang tidak diurut. Kalau nak anak sayang kita lebih, urutlah anak selalu 😍

Ada 1 kajian lain tentang kasih sayang dan perkembangan otak anak berumur 2 tahun. Terbukti perkembangan otak anak yang cukup kasih sayang mempunyai struktur yang berbeza dengan otak anak yang kekurangan kasih sayang semasa umur bawah 2 tahun.

Fakta: 80% perkembangan otak adalah bergantung kepada rangsangan persekitaran semasa bawah 2 tahun. 👶

Takut kan? Besar sangat amanah mak ayah yang ada anak bawah 2 tahun untuk memastikan berkembangan yang baik dari segala aspek.

Selamat "menunjukkan" kasih sayang! ❤❤❤

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen