"Si Bulus Anda Ini Boleh Faham Apa Manusia Katakan, Tetapi Sengaja Buat-Buat Tak Tahu."

Oleh: Zuzu Yasmine

Buat peminat-peminat kucing, pasti anda akan memberi nama yang comel-comel buat si bulus anda ini bukan? Ada yang bagi nama comel, comot, oyen dan macam-macam lagi lah. Tapi setiap kali korang panggil kucing korang itu, mereka datang dekat atau tidak?

Ada juga yang panggil banyak kali baru si bulus itu mula datang dekat. Eh, mereka ini takt ahu ke itu nama dia atau buat-buat tak dengar.

Sebenarnya, kucing boleh membezakan namanya dan perkataan-perkataan lain yang disebut manusia, tetapi pilih untuk tidak beri respons. Haaa, terkejut kan?



Jika anda ada memelihara kucing, satu dilema yang anda biasa hadapi adalah bagaimana mahu menarik perhatiannya.

Sejinak manapun kucing, biasanya hanya akan memberi respons apabila mahukan sesuatu daripada anda, contohnya makanan.



Tetapi jika anda berpendapat kucing tidak punya kebolehan mengenal nama sendiri, anda silap.

Untuk mengetahui sama ada kucing boleh membezakan antara nama mereka dan perkataan lain yang disebut manusia, sekumpulan penyelidik University of Tokyo menjalankan satu siri eksperimen ke atas 78 ekor kucing.

"Untuk menguji hipotesis ini, kami menyebut empat perkataan berbeza secara serentak sebagai rangsangan pembiasaan.

"Kemudian kami sebut nama kucing itu sebagai rangsangan ujian," kata ketua penyelidik, Atsuko Saito.

Para penyelidik juga menguji sama ada kucing akan memberi respons jika namanya disebut orang yang tidak dikenali.

Berdasarkan maklum balas yang diberi haiwan itu, kebanyakan kucing dapat mengenali nama sendiri, tidak kira sama ada ia disebut oleh orang dikenali atau tidak.



Respons kucing dinilai berdasarkan beberapa cara, iaitu pergerakan telinga, pergerakan kepala, bunyi, pergerakan ekor dan pergerakan badan.

"Kesimpulannya, kucing boleh faham manusia. Cuma ia sengaja buat-buat tak tahu.

"Tetapi jangan ambil hati. Kucing bukan haiwan yang secara semulajadinya akan beri respons kepada manusia.

"Kucing akan berkomunikasi dengan manusia apabila ia mahu," kata Saito.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen