5 Taktik Pujuk Isteri Agar Sentiasa Menjaga Perut Anda Yang Suami Perlu Cuba.

Oleh: Zuzu Yasmine

Orang kata kalau nak pikat hati suami perlu bermula dengan perut mereka ini. Jika perut kenyang, maka suami akan bertambah-tambah sayang. Tetapi tidak semua orang mempunyai kemahiran yang cekap dalam memasak, bahkan ada juga yang langsung tidak tahu mengenai apa-apa berkaitan masakan.

Satu masalah jika perkara ini terjadi kepada orang perempuan. Ini kerana, pandai memasak antara salah satu cara hendak pikat hati suami. Namun begitu, lelaki pada ketika ini sudah mula berfikiran lebih luas di mana jika pasangan mereka tidak mahir mengenai masak-memasak ini pasti akan diberi masa dan pertolongan jika si isteri di dapur. Jangan risau.



Tapi apabila isteri seorang yang berkerjaya, dan kurang mempunyai masa untuk ke dapaur pasti akan membuat para suami ini ternanti-nanti masakan isteri mereka bukan? Mana tidaknya, orang kata air tangan isteri ini tidak sama dengan rasa di kedai.

Apabila isteri sudah lama tidak masuk ke dapaur dan suami teringin rasa masakan isteri, jangan memasak atau menyindir mereka tetapi cari satu pendekatan yang lembut agar isteri berlembut hati untuk kerap ke dapur memasak untuk anda.

1. Mula dengan menu mudah

Sebagai permulaan, pujuk isteri untuk memasak hidangan yang mudah disediakan. Contohnya, sardin, telur dadar dan sebagainya. Tunjuk betapa anda menghargai apa yang disediakan. Jika makanan yang tidak dimasak tidak sedap, lebih baik diam. Bimbang isteri merajuk kembali untuk memasak.

2. Tonton rancangan memasak

Ambil masa menonton rancangan masakan bersama isteri. Ia bagi membangkitkan semangat isteri untuk memasak sendiri menu yang dilihat. Anda harus ringan tulang membantu isteri di dapur dengan menyediakan bahan-bahan yang diperlukan. Melihat kesungguhan anda isteri pasti akan berasa serba salah jika tidak memasak.

3. Sediakan menu

Isteri yang bekerjaya tidak mempunyai masa untuk memasak. Jadi bagi memastikan isteri memasak, suami perlu membantu isteri di dapur. Fikirkan menu yang hendak dimasak. Tidak dinafikan isteri adakalanya buntu mahu menyediakan hidangan untuk keluarga. Ketika isteri sedang memasak hidupkan suasana ceria dan bergurau senda di dapur. Dengan ini isteri tidak merasa bosan memasak.

4. Beri komen positif

Beri kata-kata pujian dan komen positif supaya isteri dapat memperbaiki lagi kemahiran memasak. Beri sokongan kepada isteri yang menunjukkan minat untuk belajar memasak. Meskipun, dia hanya menggoreng telur kicap, pastikan anda tetap beri pujian dan berterima kasih kepadanya.

5. Belikan buku resepi

Hadiahkan buku resepi pada isteri. Terdapat banyak judul yang boleh membantu isteri anda mempelbagaikan lagi kemahiran memasaknya. Bagi isteri yang masih dalam proses belajar memasak, apa kata anda cuba amalkan cara ini. Kumpul seberapa banyak resepi dan cara-cara memasak. Pilih cara memasak paling mudah dan ringkas. Menu itu dipilih mengikut selera kegemaran anda dan isteri. Lebih mudah jika jadikan ia sebagai buku resepi keluarga anda.

Selamat memujuk isteri-isteri anda!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen