Kenapa Seorang Anak Perlu Melakukan Kebaikan Kepada Ibu 3 Kali Ganda Berbanding Ayah? Jom Baca.

Sebagai anak, untuk mencari keberkatan hidup mahupun ketenangan hati kita seharusnya berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Sebagaimana Allah SWT berfirman:

“Dan bertauhidlah kamu kepada Allah dan jangan sesekali kamu mensyirikkan Allah dengan sesuatu pun. Dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibubapa.” (Surah Al-Nisa’: 36)

Di dalam Al-Qur’an sudah sahih menyatakan ia adalah anjuran setiap anak untuk berbuat baik kepada kedua ibu bapa di samping dengan tidak mensyirikkan Allah SWT dengan perkara yang lain.

Namun sedemikian, kita juga sering mendengar bahawa seorang anak perlu mendahulukan ibu berbanding daripada seorang ayah.

Kenapa Seorang Anak Perlu Melakukan Kebaikan Kepada Ibu 3 Kali Ganda Berbanding Ayah?

Berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA bahawa seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah SAW:

‘’Wahai Rasulullah, siapakah manusia yang paling berhak untuk aku berbuat baik kepadanya ?’’.

Maka Rasulullah SAW. menjawab:

“Ibu kamu (adalah manusia yang paling berhak untuk kamu berbuat baik kepadanya), kemudian ibu kamu, kemudian ibu kamu, kemudian bapa kamu”. [Riwayat Muslim (2548)]

Maka diambil manfaat daripada hadis ini bahawa seorang ibu didahulukan dalam proses berbuat baiknya seorang anak itu kepada kedua ibubapanya sebanyak tiga kali ke atas bapanya. Bahkan telah disebutkan ijma’ para ulama seperti yang dinyatakan oleh Imam al-Haris al-Muhasibi dalam mentafdhilkan (mengutamakan) berbuat baik kepada ibu ke atas bapa disebabkan sarihnya madlul (isi yang ditunjukkan) oleh hadis di atas ini.

Dan juga daripada nulikan para Ulama ini…

‘’Sebab didahulukan seorang ibu (dalam berbuat baik) adalah kerana banyaknya kepenatan yang ditanggung oleh seorang ibu disebabkan anaknya. Demikian juga kerana sifat kasih dan sayangnya ibu kepada anak, serta berterusannya kepayahan yang ditanggungnya sepanjang proses mengandungkan anak, kemudian melahirkannya, kemudian menyusukannya, kemudian mendidik dan membesarkan anak serta sakit yang ditanggungnya sepanjang proses tersebut’’.

Manakala Syeikh Mulla ‘Ali al-Qari dalam syarahan beliau ke atas hadis ini berkata: ‘’Sebab didahulukan ibu sebanyak tiga kali ada diisyaratkan melalui firman Allah SWT:

Seorang manusia itu, dia telah dikandungkan oleh ibunya dalam keadaan yang penuh kesukaran dan begitu juga dia dilahirkan oleh ibunya dalam keadaan yang penuh kepayahan. Dan kandungan serta susuan (kepada anak) adalah selama tiga puluh bulan. (Surah Al-Ahqaf: 15)

Sebagaimana hadith di atas, seorang anak perlu melakukan 3 kali ganda kebaikan kepada ibu adalah kerana:

  • Ibu telah bersusah payah menanggung kesakitan ketika mengandungkan anak, berbanding dengan ayah.
  • Ibu bertarung nyawa untuk melahirkan anak, dimana ia bukan lahiriah seorang ayah.
  • Ibu telah bersusah payah susu badan untuk anak-anak. Terdapat banyak situasi yang menyebabkan ibu tertekan seperti…
        - bayi tidak mahu menyusu.
        - susu tidak keluar sehingga menyebabkan dada membengkak.
        - proses pam susu dikala melakukan sesuatu kerja dan sebagainya.

Oleh sebab itu, anak-anak perlu berbuat baik dahulu pada ibu berbanding dengan ayah, kerana terlalu banyak pengorbanan ibu ketika dalam proses membesarkan anak. Jadi, pertingkatkan amalan untuk berbuat baik kepada ibu, dan jangan lupa pada bapa.

Sentiasalah berdoa...

“Wahai Tuhan, kasihilah keduanya (ibubapa ku) sebagaimana mereka mendidik aku semasa aku kecil.” (Surah Al-Isra’: 24)

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen