Antara Sebab Hati Dan Perasaan Mudah Berubah Setelah Berkahwin.

“Bila dah kahwin je mesti banyak berubah?”

“Kenapa awak tak macam dulu lagi?”

“Mana awak yang dulu?”

Itu belum lagi sentuh hal sensitif seperti fizikal pasangan. Selepas kahwin sahaja, berat badan semakin meningkat, penampilan tidak berjaga, muka semakin kusam dan sebagainya. Terlalu banyak hal yang berubah sehinggakan ada sebahagian pasangan menganggap perubahan tersebut tidak sepatutnya berlaku.

Kita ni manusia, perubahan sikap sentiasa ada kerana terpengaruh dengan keadaan dan situasi. Emosi juga boleh berubah, bahkan hati dan perasaan lebih mudah berubah (berbolak-balik). Hati dan perasaan mudah berubah setelah berkahwin kerana…

1. Tidak bersyukur.

Pada mulanya pasangan berasa tidak bersyukur dengan apa adanya. Walaupun rezeki kecil seperti rumah yang kecil, bergaji kecil, anak pula ramai, kereta pula tidak cukup ruang untuk anak-anak, masih lagi tidak bersyukur. Apa yang anda atau pasangan lakukan adalah, menyalahkan takdir dan merungut tanpa belas kasihan.

Jadi, berkahwin sebab apa?

2. Terlalu mahukan kesempurnaan pada pasangan.

Apabila anda atau pasangan terlalu mahukan kesempurnaan, tidak mustahil hati dan perasaan mudah berubah.

Mahukan pasangan yang cantik/kacak….

Mahukan pasangan yang hebat ketika hubungan intim….

Mahukan pasangan yang pandai memasak sahaja….

Mahukan pasangan yang perfect….

Ini semua nafsu semata-mata.

Adakah berkahwin kerana nasfu sahaja?

3. Hati dan jiwa berasa kosong.

Antara sebab lain adalah kerana hati dan jiwa sebenarnya kosong. Lakukanlah apa jua aktiviti bersama pasangan, namun hati dan jiwa tetap berasa kosong sehingga mudah berubah. Kenapa?

  • Ini kerana tidak isikan jiwa dengan kalam Allah SWT.
  • Tiada bacaan Al-Qur’an di dalam rumah.
  • Tidak solat Jemaah bersama isteri dan anak-anak.
  • Tidak melakukan Ta’lim, sekurang-kurangnya menceritakan terjemahan Al-Qur’an.
  • Tidak bermuhasabah diri ketika melakukan dosa.

Sudah tentu perkara ini akan menjuruskan diri anda atau pasangan kepada hati yang tidak tenang. Hati yang gundah.

Oleh kerana itu, anda berkahwin sebab apa?

4. Tiada usaha memperbaiki diri.

Malah, hati dan perasaan mudah berubah kerana tiada usaha untuk memperbaiki diri sendiri apatah lagi diri pasangan. Apabila bercinta dengan pasangan, memang benar perlu menjadi diri sendiri. Akan tetapi, jadi diri sendiri bukanlah dengan tidak memperbaiki segala kekurangan dan kelemahan. Bukannya, “Awak kena terima segala kekurangan saya” tanpa memikir untuk menjadi lebih baik. TIDAK!

Jika anda atau pasangan tiada usaha untuk memperbaiki diri sendiri, tidak hairan sekiranya masing-masing mula berasa bosan dan berlaku pergaduhan. Pergaduhan pula sering ungkit-mengungkit.

5. Mudah terpengaruh dengan orang lain.

Dan antara sebab hati dan perasaan mudah berubah adalah kerana sentiasa membuat perbandingan dengan kehidupan orang lain. Kemudian terpengaruh dengan kehidupan orang lain yang dianggap sempurna dan terbaik berbanding dengan hidup sendiri. Terlalu fokus dengan kehidupan orang lain, sehingga terlupa untuk mencari kebahagiaan sendiri.

Oleh itu, nawaitu bernikah itu yang penting dalam diri. Nak berkahwin sebab apa? Jika tersasar jauh, kemungkinan besar ia menyebabkan hati dan perasaan kita mudah berubah.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen