Tanda-Tanda Keberkatan Hidup Oleh Dr Ahmad Sanusi.

Sebagai muslim, kita memang sentiasa mahu mencari keberkatan dalam hidup. Di samping itu, melakukan pelbagai kaedah untuk mendapatkan keberkatan tersebut termasuklah melalui solat dan berdoa.

Namun, berapa ramai sahaja dikalangan kita mencari keberkatan melalui apa yang kita lakukan setiap hari?

Melalui kata-kata…

Melalui tangan yang melakukan kerja…

Melalui pandangan mata…

Apabila merasakan hidup tidak berkat, kemungkinan besar apa yang kita lakukan seharian adalah tidak berkat. Seperti perkongsian daripada Dr Ahmad Sanusi ini…

********

Tanda Keberkatan Hidup.

1. Jauh dari perkara yang sia-sia atau lagha.

Al-Imam Hasan Al-Basri pernah berpesan kepada kita satu nasihat tentang keberkatan hidup. Kata Hasan Al Basri:

"Salah satu tanda bahawa Allah telah berpaling dari hambanya adalah, dia menyibukkan hambanya dengan perkara yang sia-sia."

Bererti, kalau hidup kita banyak disibukkan dengan perkara yang sia-sia, itu barangkali salah satu tanda jauhnya hubungan kita dengan Allah.

Jangan terlalu banyak membuang masa dengan perkara yang sia-sia seperti bermain game, menonton perkara yang tidak bermanfaat di Youtube atau menghabiskan masa di media sosial. Kerana dibimbangi, aktiviti yang sia-sia ini adalah tanda Allah menjauhi kita.

2. Jauh daripada berbincang hal-hal yang tidak mendatangkan faedah.

Bahkan seorang tokoh Sufi dari Baghdad, iaitu Sheikh Maaruf al-Karkhi pernah berpesan:

"Sesungguhnya ucapan atau kata-kata seorang hamba yang tidak memberi manfaat untuk dirinya adalah satu kehinaan di sisi Allah."

Bererti sekiranya kita terlalu banyak berbual atau bersembang perkara yang tidak memberikan manfaat buat diri kita, ia adalah satu yang hina di sisi Allah.

3. Jauh dari perbuatan yang membuang masa.

Seorang Muslim seharusnya meninggalkan sesuatu yang tidak bermanfaat buat dirinya. Menyibukkan diri dengan perkara yang sia-sia adalah salah satu petanda kehidupan yang tidak berkat. Mereka adalah golongan yang membuang masa. Dan membuang masa ini adalah lebih teruk dari kematian kerana mati hanya memisahkan kita dari dunia sedangkan membuang masa menjauhkan kita dari Allah.

Bagaimana kehidupan seseorang boleh dianggap diberkati sekiranya perlakuannya tidak disukai Allah, bahkan perlakuan sia-sia ini adalah tanda Allah menjauhi kita.

Moga Allah sentiasa membimbing kita semua.

********

Semoga Bermanfaat!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen