Dr Zubaidi Hj Ahmad Syorkan 6 Jenis Makanan Tambahan Yang Sihat Sesuai Untuk Wanita Hamil.

Oleh: Zuzu Yasmine

Ketika ibu-ibu berdepan saat kehamilan, pasti kesihatan tubuh badan serta kesihatan anak dalam kandungan tersangatlah dititikberatkan. Ini kerana, apa yang ibu ambil dalam makanan harian sedikit sebanyak akan mempengaruhi anak dalam kandungan. Maka dengan itu, pengambilan makanan yang sihat adalah sangat penting buat ibu-ibu mengnadung ini.

Selain mengambil makanan berdasarkan nasihat dari doktor yang merawat, terdapat beberapa jenis makanan lain yang boleh diambil sebagai kudapan ataupun sampingan ketika lapar. Seperti yang kita tahu, ibu-ibu hamil ini mudah lapar, jadi Dr Zubaidi Hj Ahmad telah mencadangkan beberapa makanan sihat yang sesuai ibu-ibu mengandung ambil.



Bagi wanita hamil, saya cadangkan perbanyakan makanan ini sepanjang kehamilan kerana ia barakah (disebut dalam al Quran) dan sangat bernutrisi.

Bagi mereka yang hamil tanpa masalah kesihatan, perbanyakan makanan tambahan ini dan elakkan makan makanan yang berproses.

Antara makanan tambahan sihat untuk wanita hamil

Pertama : KURMA



Bagi mereka yang rasa lapar di antara waktu makan, ambillah 2-3 kurma sebagai kudapan. Kurma sangat kaya dengan pelbagai jenis protein, vitamin dan mineral. Ia mengandungi serat yang banyak.

Kurma mempunyai gula dan serat, jadi penyerapan gula agak sederhana. Sangat bagus bagi menambahkan tenaga sepanjang kehamilan. Tidak perlu ambil banyak dalam setiap hidangan. 2-3 biji sudah memadai.

Kedua : BUAH TEEN



Buah teen mengandungi Omega 3 dan Omega 6 yang membantu perkembangan saraf anak
Makan buah teen mengurangkan kelelahan, meningkatkan daya memori otak dan mencegah anemia. Ia juga mengandungi serat membantu keseimbangan gula dan kolestrol dalam darah.

Ia mengandungi kalsium, potasium, zink dan zat besi yang baik untuk ibu hamil.

Ketiga : MINYAK ZAITUN



Minyak zaitun adalah makanan tambahan yang terbaik untuk wanita hamil. Ia mengandungi 'essential fatty acid' yang diperlukan untuk perkembangan saraf dan otak bayi.

Keempat : BUAH DELIMA



Buah delima mengandungi fitokimia yang baik untuk jantung dan dapat dapat mngimbangi tekanan darah.

Buah delima sangat bagus untuk pembentukan tulang bayi dalam rahem.

Kelima : MADU



Pilih madu yang asli dan kita akan mendapat kebaikan darinya. Madu mengandungi vitamin, mineral dan enzim yang bermanfaat.

Ia sudah terbukti keberkatannya, dan disebut dalam al Quran dan terdapat satu surah yang dinamakan lebah iaitu surah An Nahl.

Keenam : SUSU



Minumlah susu segar sama ada susu lembu atau susu kambing. Ia membekalkan tenaga dan nutrisi yang banyak pada wanita hamil dan anak dalam rahem.

Pastikan tiada masalah alahan atau lactose intolerance pada mana-mana susu ini.

Saya mencadangkan minum 2-3 gelas susu segar setiap hari bagi menampung keperluan tenaga yang bertambah diperlukan oleh wanita hamil.

Semoga bermanfaat.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen