4 Benda Kotor Yang Kita Lakukan Tanpa Sedar!

Oleh: Zuzu Yasmine

Setiap hari kita sememangnya sudah terdedah dengan kotoran dan bakteria yang pelbagai. Tidak kiralah melalui sentuhan atau bukan, kita sememangnya terdedah dengan kotoran. Tetapi, apabila kita merasakan ianya kotor, kita akan mencuci tangan dan membersihkannya terlebih dahulu bukan?

Tapi bagaimana dengan kita lakukannya setiap hari dan menyangka ia bersih sedangkan ia adalah kotoran yang tidak di sengajakan.



Kami senaraikan benda-benda kotor yang anda lakukan setiap hari tanpa sedar bagi memastikan anda menjaga kebersihan diri.

1. Pakai Lipbalm Guna Jari



Kalau anda cuci tangan sebelum sapu lipbalm, ok! Tapi kalau sebaliknya, anda sebenarnya menyapu dan meletakkan kuman terus ke bibir anda.

2. Minum Dari Botol Atau Tin Minuman



Sebaiknya gunakanlah straw atau cuci dahulu tin atau botol minuman anda itu. Kalau malas nak cuci, apakata fikirkan perjalanan yang dilalui sebotol atau sekotak air sebelum ia sampai ke mulut anda tu. Hmm.

3. Menggunakan Telefon



Bilakah kali terakhir anda membersihkan telefon anda? Tak pernah? Pasti bila anda tahu yang telefon bimbit anda mempunyai 500 kali lebih bakteria dari tandas, mungkin anda akan bersihkan sekarang.

4. Berus Gigi Terdedah Dengan Kuman



Simpan berus gigi anda di dalam bekas atau almari bagi mengelakkan ia terdedah dengan kuman dari tandas yang di flush.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen