“Berstokin Ketika Pantang Untuk Elak Angin Masuk, Betul Ke?” Ikuti Penjelasan Dari Doktor Izzat Ini.

Menjadi isteri yang sedang hamil, pasti terdengar banyak pantang larang yang tidak boleh diikuti. Dan pantang larang ini sudah menjadi adat untuk orang melayu kekalkan keturunan. Namun, ada sahaja pantang larang yang sebenarnya tidak logik dek akal, apatah lagi secara saintifik.

Terutamanya penggunaan stoking ketika berpantang.

Apakah sebenarnya realistik dari penggunaan stoking ketika berpantang ini? Adakah ianya hanya untuk mengelak angin masuk melalui kaki semata-mata?

Ikuti penjelasan daripada Dr Muhammad Izzat selaku pegawai perubatan dalam kesihatan wanita dan kehamilan…

********

“Pantang kan? stoking mana? Manaa?”

“Ni tak pakai stokin, badan masuk angin kang bentan! Meroyan!”

Biasakan dengar dialog mak-mak kita menegur ibu ibu dalam berpantang untuk memakai stoking setiap masa dan ketika sepanjang tempoh berpantang. Katanya, angin boleh masuk ke dalam badan melalui kaki yang tak berstoking.

Betul ke?

Emmm, nak berstoking tu takda masalahnya. Tapi kena jaga-jaga stoking ni kadang2 licin tak pasal-pasal jatuh tersembam, satu hal pulak lagi.Sekadar nak pakai stoking masa tidur utk elakkan kedinginan malam, saya rasa bukan satu masalah besar.

‘Angin’ masuk melalui kaki orang berpantang tak pakai stoking tu saya rasa agak keterlaluan dan tiada kajian santifik yang menyokong kenyataan tersebut.

Ni saya bagitahu, kalau nak berstoking skalipun, guna Ted stokin atau compression stoking lagi elok dari stoking biasa. Ted stoking ni agak ketat dan betul-betul mengikut bentuk kaki - cover tapak kaki sehingga ke betis dan ada yang sampai ke peha. Dengan stoking yang ketat ini pengaliran darah pada kaki dikekalkan lancar sekaligus membantu mencegah pembentukkan darah beku pada kaki.

Image result for ted stokin
Kredit: Google

Baca betul-betul, saya cakap pakai ted stoking ni untuk cegah darah beku pada kaki bukan cegah angin dari masuk ke dalam badan.

Stoking biasa yg dipakai kebanyakkan ibu tu tak cegah darah beku dari terbentuk pun, nak elakkan sejuk saja bole la pakai. Kalau rasa menyusahkan nak pakai stokin biasa tu toksah la pakai. Ok saja.

Ted Stoking ni pun licin, maka hati-hati bila berjalan. Jangan jatuh mcm nangka busuk dah.

********

Semoga Bermanfaat!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen