Lelaki Ini Memberi Peringatan “Suami Jangan Kedekut, Isteri Pula Perlu Bijak Merancang Perbelanjaan Rumah..”

Pada masa kini terlalu banyak kisah yang viral berkenaan dengan nafkah yang perlu suami beri, malahan ramai pula para isteri ataupun suami yang sentap gara-gara dengan isu sebegini. Namun sebenarnya dalam rumah tangga, ia bergantung dari cara suami isteri menguruskan perbelanjaan seperti perkongsian dari saudara Hafizul Hakim ini…

********

Image may contain: 1 person, smiling, suit

Suami perlu menguruskan dulu kewajipan yang wajib ditunaikan olehnya, kemudian barulah isteri datang membantu sekiranya memerlukan bantuannya.

Ingat, nafkah isteri dan belanja isi rumah adalah dua perkara berbeza. Walaupun isteri bekerja, adalah wajib untuk suami berikan nafkah.

InsyaAllah rumah tangga akan diberi keberkatan.

1. Cantikkan Isteri.

Nak nampak cantik pun kena ada wang ringgit. Sebab itulah suami perlu jaga nafkah zahir isteri dan keluarganya tanpa berkira. Kita jaga penampilan isteri, sudah pasti diri kita mereka akan jagakan bebetul.

Kalau bukan suami, siapa lagi nak hiaskan isteri. Tak pandai memilih, kita yang suruh mereka pilih.

2. Wang diminta untuk keperluan, bukan kehendak.

Isteri dan anak-anak perlukan duit nak beli makanan. Isteri takkan saja-saja mintak kalau dia tak terdesak akibat kelaparan atau mahu melindungi haknya.

Jadi jangan culas beri nafkah anak bini. Kalau duit rokok, rim kereta dua tiga kali boleh tukar, kenapa hak isteri nak diabai.

3. Jangan sesekali mengungkit.

Setiap duit yang dah diberi kepada isteri untuk perbelanjaan hariannya janganlah diungkit-ungkit ke mana perginya. Sampaikan isteri kena tunjuk bukti resit setiap pembelian atau perbelanjaan.

Kalau isteri nak ungkit, terduduk kita dibuatnya.

4. Bahaya Jenis Suami Kedekut.

Bila keadaan dah jadi tenang, isteri pun rasa dirinya dah macam peminta sedekah hampir setiap bulan, lama-lama dia pun jadi stres dan akhirnya mengundang pergaduhan.

Sesekali bawaklah mereka pergi makan kat tempat kegemaran mereka. Bukannya hari-hari pun.

5. Jalan Yang Perlu Isteri Pilih.

Pengurusan kewangan keluarga mesti ditulis dan dibentang. Belanja bulanan boleh dicatat, buat apa nak berprasangka.

Tak perlu sampai suami syak duitnya hilang tanpa dapat dikesan. Ini akan mengeruhkan lagi keadaan. Tuduh menuduh akan berlaku jika isteri tak maklumkan segera.

Pesanan Untuk Isteri...

Walaupun sukar sekalipun, mintalah duit dengan berlandaskan perbelanjaan logik dari bersifat panjang tangan.

Belikan buku khusus catat rekod perbelanjaan keluarga. Insha Allah suami akan terbuka hati lihat apa yang kurang dan di mana perlu diberikan perhatian.

Apabila perbelanjaan dizahirkan dalam bentuk rekod, jelas kemana tujunya.

“Figures doesn’t lie.”

Pesanan Untuk Suami..

Benarkan isteri mentadbir kewangan. Percayailah mereka dengan sepenuh jiwa. Jangan sesekali berprasangka dengannya. Perbelanjaan itu untuk keluarga dan perhiasan dirinya untuk anda juga.

Bukannya untuk orang lain!

********

Semoga Bermanfaat!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen