"2 Perkara Ini Akan Membuatkan Ramadhan Kita Menjadi Lebih Bermakna..." -Ustaz Habib Ali Zainal Abidin -

Ramadhan bukan semata-mata menahan diri daripada lapar dan haus sahaja, namun begitu banyak manfaat yang perlu kita kejar supaya peroleh pahala dari-Nya. Untuk mendapatkan manfaat tersebut, kita sendiri seharusnya mendekatkan diri untuk berpuasa dan membaca Al-Qur’an supaya Ramadhan menjadi lebih bermakna.

Berpuasa bukan sekadar berpuasa, akan tetapi berpuasalah dengan melakukan pelbagai ibadah yang lain seperti perkongsian daripada Ustaz Habib Ali Zainal ini…

********

Image may contain: 3 people, hat, beard and outdoor

Ramadhan Yang Bermakna.

Alangkah ruginya seseorang yang bilamana Allah, memberikan peluang untuk berada di bulan Ramadhan lalu dia mengabaikan peluang yang diberikan itu untuk tidak beribadah kepada Allah SWT.

Dalam hadis Nabi SAW bersabda; "Akan datang nanti kepada Allah dua perkara iaitu Puasa dan Al-Quran."

Puasa akan datang kepada Allah dan berkata; "Ya Allah. Saya cegah orang ini daripada makan dan minum kerana Engkau, maka izinkan saya memberikan syafaat pada orang ini.

Al-Quran pun juga akan berkata kepada Allah "Ya Allah. Saya halang orang ini tidur malam baca kepada saya maka izinkan saya memberikan syafaat kepada orang ini.

Maka kedua-dua ibadah ini diizinkan oleh Allah SWT untuk memberikan syafaat kepada orang-orang yang melakukannya. Maka di ambil pemahaman oleh Al-Imam An-Nawawi Rahimahullah ketika mensyarahkan tentang masalah orang yang membiasakan diri membaca Al-Quran khususnya di waktu malam hari.

Al-Quran itu digalakkan untuk dibaca di malam hari sebab Al-Quran itu bercakap "Saya halang orang ini untuk tidur."

Waktu tidur itu adalah di waktu malam maka memang fadhilat membaca Al-Quran itu bila-bila masa sahaja untuk dibaca tetapi Al-Quran meletakkan keadaan yang tertentu menyatakan;

"Saya halang orang ini untuk tidur malam untuk membaca kepada saya.”

Maka anjuran dan galakan untuk membaca Al-Quran khususnya di waktu malam, kerana waktu malam itu adalah waktu orang ramai sedang tidur. Waktu malam adalah waktu yang sukar, untuk seseorang itu bangun malam. Moga-moga ramadhan kali ini lebih baik daripada yang sebelumnya. Moga-moga ramadhan kali ini lebih bermakna daripada yang sebelumnya.

********

Semoga Ramadhan Kita Kali Ini Penuh Makna!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen