Jangan Pesan 8 Makanan Ini Di Restoran.

Apabila anda pergi ke restoran dan kafe, pastinya anda tidak sabar untuk menikmati masakan yang disediakan oleh chef professional dan pastinya anda inginkan makanan yang berkualiti tinggi. Jadi, kami senaraikan lapan makanan yang tidak patut anda pesan ketika di restoran supaya anda tidak menyesal di kemudian hari.



1. Daging stik masak.

Menurut Chef Amerika yang terkenal, Anthony Bourdain, apabila pekerja restoran berdepan masalah daging liat yang kelihatan seperti ia sudah melepasi tarikh untuk dihidangkan, mereka mempunyai dua pilihan sama ada membuangnya atau menghidangkannya sebagai stik yang dimasak penuh (well-done)

2. Sushi salmon.

Menurut Chef Hank Scrampton, anda patut elak dari memesan ikan salmon dari spesis air tawar. Ini kerana salmon dari spesis air tawar biasanya menjadi habitat untuk parasit. Namun, masalah ini dapat diselesaikan dengan proses pembekuan ayng digunakan untuk membekukan ikan tersebut berkesan untuk membunuh mikroorganisma yang berbahaya.



3. Hidangan sayuran (vegetarian).

Menurut kajian dari majalah rangkaian makanan di Amerika Syarikat, 15% daripada responden mengakui bahawa kandungan sebenar hidangan sayuran di restoran mungkin tidak sama sepenuhnya dengan apa yang disenaraikan di dalam menu. Jika anda seorang pemakan sayur yang cerewet dan sentiasa mengingatkan staf di restoran tentang prinsip makan sayur anda, lebih baik anda berjaga-jaga. Ada di antara chef yang mungkin akan menambahkan beberapa hirisan tuna dan ayam ke dalam salad anda. Menurut pakar masakan, Anthony Bourdain, para chef sememangnya tidak gemarkan sikap cerewet pemakan sayur.

4. Salad sejuk.

Kebanyakan staf restoran pasti tidak akan memesan salad sejuk untuk makan malam mereka. Antara bahaya utama hidangan ini adalah sayur salad yang digunakan menjadi tempat pembiakan bakteria. Bakteria akan membiak di celah dauh salad yang lembap dan ia hampir mustahil untuk membilas daun salad itu dengan cukup teliti untuk menghilangkan bakteria berbahaya.

5. Roti.

Menurut tiga chef terkenal, roti yang tidak dimakan biasanya akan dihidangkan dari satu meja ke meja yang lain. Sudah tentu, ia akan dipanaskan terlebih dahulu namun ia tidak dapat menjamin kesegaran roti tersebut.



6. Ikan pada hari isnin.

Menurut Anthony Bourdain, majoriti restoran akan membeli stok ikan menjelang hujung minggu: Khamis atau Jumaat. Ikan hanya boleh kekal segar selama tiga hari. Jadi, jika anda ingin memesan hidangan ikan pada hari Isnin, anda mungkin terpaksa menerima ikan yang sudah basi ataupun ikan yang baru keluar dari peti sejuk.

7. Tiram.

Elakkan dari memesan hidangan tiram di restoran yang tidak pakar dalam menghidangkan makanan laut. Tiram yang basi boleh menyebabkan keracunan makanan. Oleh itu, anda sebaiknya pastikan bahawa restoran yang anda bakal kunjungi itu mendapat bekalan dari pembekal yang boleh dipercayai.

8. Hidangan sampingan.

Menurut Chef dari New York, Michael Armstrong, anda seharusnya memesan hidangan utama sewaktu di restoran. Selalunya hidangan sampingan ini menggunakan bahan yang jarang digunakan di restoran tersebut maka ia selalunya akan disimpan di dalam peti sejuk terlalu lama dan ia akan meningkatkan risiko ia akan menjadi tidak elok.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen