Hukumnya Haram Suami Isteri 'Bersama' Di Siang Hari Pada Bulan Ramadhan.

Oleh: Zuzu Yasmine

Sebagai suami isteri, dalam puasa begini ada perkara yang tidak seharusnya kalian lakukan terutama pada waktu siang ketika sedang melaksanakan ibadat puasa. Mungkin ada yang sudah sedia maklum akan perkara ini, dan ada juga yang kurang memahami dengan mendalam akan perkara ini.

Pada bulan puasa ini bukan sekadar menahan lapar dan dahaga sahaja, tetapi ia juga perlu menahan nafsu dari melakukan sesuatu perkara. Suami isteri dilarang melakukan persetubuhan disiang hari dan hukumnya adalah haram. Puasa suami isteri kedua-duanya akan terbatal.

Mari ikuti perkongsian dari Ustaz Farid Rashidi ini.



Ada kes si suami terlampau bernafsu hingga terjima' isterinya di tengahari bulan puasa. Tak tahulah tahap nafsunya bagaimana. Myvi enjin turbo kot.

Sebab biasa bila berpuasa, nafsu jadi lemah. Nafsu syahwat jadi lemah bila kita lapar dan dahaga. Itu hikmahnya.

Sebenarnya ia musibah besar bagi suami. Jangan main-main tau. Bukan tak boleh jima', tahanlah sekejap. Malamkan ada.

Ok ok, apa kata hadis dan ulama' tentang masalah ini?

Hukum dan Kesan Melakukan Bersetubuhan Di Siang Hari Bulan Ramadan?

Hukumnya haram dan dilarang. Puasa suami isteri kedua-duanya terbatal.

Ini kerana ada dalil melalui firman Allah SWT menghalalkan persetubuhan di malam hari, dan mengharamkan di siang hari bulan Ramadan.

Firman Allah SWT:

أُحِلَّ لَكُمۡ لَيۡلَةَ ٱلصِّيَامِ ٱلرَّفَثُ إِلَىٰ نِسَآئِكُم
Telah di halalkan buat kalian pada malam hari puasa itu untuk bersama dengan isteri kalian.
[Surah al-Baqarah: no. 187]

Juga ada hadis menyebutkan:

بَيْنَمَا نَحْنُ جُلُوسٌ عِنْدَ النَّبِىِّ – صلى الله عليه وسلم – إِذْ جَاءَهُ رَجُلٌ ، فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ هَلَكْتُ . قَالَ « مَا لَكَ » . قَالَ وَقَعْتُ عَلَى امْرَأَتِى وَأَنَا صَائِمٌ . فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ – صلى الله عليه وسلم – « هَلْ تَجِدُ رَقَبَةً تُعْتِقُهَا » . قَالَ لاَ . قَالَ « فَهَلْ تَسْتَطِيعُ أَنْ تَصُومَ شَهْرَيْنِ مُتَتَابِعَيْنِ » . قَالَ لاَ . فَقَالَ « فَهَلْ تَجِدُ إِطْعَامَ سِتِّينَ مِسْكِينًا » . قَالَ لاَ . قَالَ فَمَكَثَ النَّبِىُّ – صلى الله عليه وسلم – ، فَبَيْنَا نَحْنُ عَلَى ذَلِكَ أُتِىَ النَّبِىُّ – صلى الله عليه وسلم – بِعَرَقٍ فِيهَا تَمْرٌ – وَالْعَرَقُ الْمِكْتَلُ – قَالَ « أَيْنَ السَّائِلُ » . فَقَالَ أَنَا . قَالَ « خُذْهَا فَتَصَدَّقْ بِهِ »
Dari Abu Hurairah r.a, ia berkata:

"Suatu hari kami duduk-duduk di dekat Nabi SAW kemudian datanglah seorang pemuda menghadap Baginda SAW. Lalu pemuda tersebut mengatakan, “Wahai Rasulullah, celaka aku.”

Nabi SAW berkata, “Apa yang terjadi padamu?” Pemuda tadi lantas menjawab, “Aku telah menyetubuhi isteri, padahal aku sedang puasa.”

Kemudian Rasulullah SAW bertanya, “Apakah engkau memiliki seorang hamba yang dapat engkau merdekakan?” Pemuda tadi menjawab, “Tidak”.

Lantas Nabi SAW bertanya lagi, “Apakah engkau mampu berpuasa dua bulan berturut-turut?” Pemuda tadi menjawab, “Tidak”.

Lantas Baginda SAW bertanya lagi, “Apakah engkau dapat memberi makan kepada 60 orang miskin?” Pemuda tadi juga menjawab, “Tidak”.

Abu Hurairah r.a berkata, Nabi SAW lantas diam. Tatkala kami dalam keadaan demikian, ada yang memberi hadiah satu wadah kurma kepada Nabi SAW.

Kemudian Baginda SAW berkata, “Di mana orang yang bertanya tadi?” Pemuda tersebut lantas menjawab, “Ya, aku.”

Kemudian Baginda SAW mengatakan, “Ambillah dan bersedekahlah dengannya.”
... dan seterusnya.
[Hadis Riwayat Bukhari no. 1936, Riwayat Muslim no. 1111]

Kesimpulannya. Bila dah terlajak bersetubuh wajib dilakukan:

1. Puasa batal. Wajib qodo' puasa bagi suami dan isteri.

2. Suami dikenakan kaffarah seperti berikut secara tertib (mengikut urutan):

☑️ Membebaskan seorang hamba.

☑️ Berpuasa dua bulan berturut-turut. Tak boleh selang-seli.

☑️ Memberi makan kepada 60 orang miskin.

Hah, sebagai ketua keluarga a.k.a suami, berhati-hatilah. Kena tau hukum. Biarpun jima' itu halal, tetapi ada waktu diharamkan dan perlu patuh pada syara'.

Alah takkan 11 bulan diberi peluang, 1 bulan saja pun dah tak mampu. Lelaki kena kuat zahir dan batin ya.

Baiklah, jemputlah share. Semoga ramai pasangan suami isteri tersedar sebelum 'terbabas'.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen