Pentingnya Pelbagaikan Cabang Simpanan, Jangan Hanya Taksub pada Satu Cabang Sahaja.

Oleh: Zuzu Yasmine

Selalu terfikir-fikir antara simpanan dan pelaburan yang mana sebenarnya akan memberi keuntungan yang banyak kepada kita. Biasanya ramai yang memikirkan bahawa pelaburan ini kemungkinan akan mengalami kerugian dan simpanan juga yang lebih menguntungkan. Tapi ada juga yang berpendapat bahawa pelaburan lebih mudah untuk mendapat keuntungan berbandingan simpanan.

Terpulang kepada pendapat masing-masing yang mana mahu menjadi pilihan. Apa yang pasti adalah kedua-duanya memberi manfaat kepada anda sama ada cepat ataupun lambat. Bukan itu sahaja, yang penting anda menyediakan jaminan wang untuk kegunaan masa depan anda.



Orang kata sediakan payaung sebelum hujan, sama juga seperti simpanan dan pelaburan ini. Menurut Puan Marliya Ramli, terdapat banyak cabang dalam simpanan mahupun pelaburan ini. Jangan hanya fokus kepada satu cabang sahaja.

Jom ikuti penjelasan beliau.

Antara simpanan dan pelaburan yang kita semua boleh pertimbangkan untuk buat :

1 - Hartanah atau pembelian rumah pelaburan - Ini dapat memberikan kita aset fizikal yang baik. Selain itu jika rumah yang berpotensi, ianya dapat memberikan pendapatan pasif secara bulanan. Atau jika setakat bleeding 15% hingga 20% masih okay sebab kebiasaannya capital appreciation berlaku sekitar 4.5% hingga 5% setahun. Payslip atau business record perlu cantik ya, baru bank suka nak bagi pembiayaan. Cuma perlu ingat kecairan hartanah perlahan ambik masa enam bulan hingga bertahun-tahun. Holding power perlu power!



2 - ASBF - Ini merujuk kepada Financing atau pembiayaan patuh syariah. Setiap bumiputera boleh penuhkan kedua-dua ASB hingga RM400,000. Ada teknik rolling, compounding dan hybrid. Bagi yang mampu, teknik compounding bakal memberikan hasil yang paling tinggi. Payslip atau business record perlu cantik ya, baru bank suka. Again, akak suka teknik compounding sebab kuasa super saiya nya pantas. Boleh terminate bila-bila masa jika tak mampu bayar, terminate sebelum ianya memburukkan CCRIS.

3 - Unit amanah (UT) - Kalau yang bekerja tak perlu guna wang dari poket pun. Boleh guna akaun 1 KWSP pada kadar 30% daripada lebihan simpanan asas mengikut usia. Contohnya jika usia 25 tahun ada RM25,000 - RM18,000 = RM7,000 x 30%. Ya, semak KWSP dan rancang persaraan anda. Tapi perlu faham UT ada masa naik turunnya. Perlu tenang dan simpan jangka panjang. Berkawanlah dengan beberapa konsultan dan pelbagaikan bakul jika mampu.



4 - Tabung Haji (TH) - Bagi yang nak menunaikan Haji, daftarkan haji segera untuk keluarga pada kadar RM1,300. Kalau ada KWSP, bawak penyata dan daftar haji dengan percuma. Patuh syariah dan sesuailah dengan tujuan penubuhannya. Tapi perlu faham ya... TH berbentuk hibah maka tidak wajib pun nak diberi pulangan tahunan. Namapun hadiah kan? Orang tak bagi hadiah, kita mana boleh komplen. #apeni

5 - Akaun GAP - Simpanan emas yang patuh syariah dalam bentuk emas fizikal yang boleh dikeluarkan. Platform untuk kita semua memiliki aset fizikal dengan bajet rendah, tak perlu slip gaji dan bimbingan ilmu emas adalah percuma. Surirumah, pesara, student malah bayi boleh ada akaun GAP. Emas naik turun dalam tempoh pendek dan dalam jangkamasa panjang ianya meningkat harga seiring dengan inflasi Matawang. Kecairan nya cepat, hari ni jual esok paling lewat dah dapat bayarannya. Jika tak nak jatuh miskin dengan tiba-tiba, simpanlah 10% hingga 15% kekayaan dalam bentuk emas. Disamping berdoa pada Allah, jadikan emas sebagai usaha kita untuk memiliki penyelamat daripada musibah kewangan.

Ya... banyak lagi cabang simpanan dan pelaburan. SSPN untuk anak-anak dan di PNB sendiri ada 6 dana yang memberikan unit tetap. Maka, bukan alasan untuk kita tak buat simpanan masa depan.



Ada cabang yang entry cost besar, ada cabang yang entry cost kecil. Ada yang perlukan rekod kewangan juga payslip, ada yang tak de payslip pun bukan masalah. Ada yang sesuai untuk yang bekerja, ada yang surirumah, student dan pesara boleh buat.

Hari ini, kita semua boleh menabung. Tak dapat banyak,buat dengan sedikit. Ilmu keliling kita je. Ecatatan (eBook) akak RM9.00 dan RM12.00 pun segala mak nenek ada ditulis.

Maka, bukan alasan kita tidak tahu atau tak mampu. Yang pentingnya pelbagaikan cabang simpanan. Jangan berharap atau taksub pada satu cabang.

Tindakan kita 10 tahun lepas menentukan siapa kita hari ini. Tindakan kita hari ini menentukan siapa kita 10 tahun lagi.

Ingat... Jika kita miskin atau kita kaya, bukan sebab sesiapa bantu kita. Tapi sebab kita BANTU DIRI SENDIRI

Nak buka akaun emas GAP dengan entry cost serendah RM100, WhatsApp je akak di 012-3006521. Join team akak, pasti anda diberi bimbingan sepanjang perjalanan.

Salam sayang

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen