“Jangan Disebabkan Hutang, Anda Dengan Pasangan Tidak Jadi Berkahwin…” 5 Perkara Mengenai Hutang Yang Anda Dan Pasangan Perlu Pertimbangkan.

Sebagai anak muda yang mahu berkahwin, bukan perlu mendalami ilmu rumah tangga atau keibubapaan (parenting) sahaja, ilmu kewangan juga amat penting untuk dipelajari. Ilmu kewangan perlu dipelajari sebelum melangkah ke alam perkahwinan lagi, kerana terdapat golongan anak muda yang berkahwin menggunakan pinjaman (loan).

Oleh disebabkan kekurangan ilmu kewangan, ramai anak muda memulakan langkah yang salah.

Langkah pertama sahaja sudah meminjam wang daripada bank kerana mahukan perkahwinan yang gah dipandang oleh mata masyarakat.

Yang menjadi lebih teruk apabila pasangan sendiri tidak sedar bahawa duit tersebut adalah pinjaman dari bank semata-mata, dan akhirnya alam rumah tangga yang mahu dibina terjejas dengan kekangan kewangan.

Oleh itu, apabila mahu berkahwin bersama pasangan..

1. Jangan lupa tanya pasangan dengan jujur, hutang apa yang si dia ada.

Perkara ini perlu dibincangkan lagi semasa kalian berdua dalam proses ta’aruf. Bukan untuk menjadi pisau cukur atau sebagainya, tetapi ia adalah langkah untuk mengetahui kedudukan anda sebelum berkahwin.

Sekiranya anda dapat menerima situasi tersebut, sama-sama memulakan langkah dengan betul.

2. Jangan bina hutang atau meminjam duit daripada bank untuk perkahwinan.

Sekiranya pasangan anda seorang yang sukar untuk bercakap jujur, jangan pula anda sendiri yang membina hutang untuk perkahwinan kalian. Jika anda tambah hutang, anda sendiri tidak tahu hutang apa yang pasangan anda, nanti susah hidup berdua.

3. Jangan masam muka hanya kerana hutang.

Terkejut mendengar pasangan mempunyai hutang yang banyak? Jangan terus putus hubungan dengan pasangan, tetapi berbincanglah dengan si dia dan sedaya upaya untuk membayar hutang secara perlahan-lahan.

4. Jangan ingat hutang hanya wujud sebelum berkahwin sahaja.

Semasa tempoh pertunangan atau perkenalan dengan pasangan, bersungguh-sungguh menyelesaikan hutang bersama, tetapi selepas berkahwin anggap hutang lenyap begitu sahaja. Jangan! Jangan waktu bercinta beriya-iya, tetapi bila dah kahwin harapan pasangan berdikari menyelesaikan hutang pula.

5. Jangan ingat hutang hanya ada diantara kalian berdua sahaja.

Ingat! Apabila anda berkahwin dengan pasangan, anda bukan memiliki jasadnya sahaja, anda sebenarnya memiliki apa jua yang ada pada pasangan termasuklah ahli keluarga mereka. jika pasangan memiliki adik-beradik yang ramai, kita tidak pasti ada di antara mereka yang sudah ada senarai hitam dan akan melibatkan pasangan anda suatu hari nanti.

Kena bersedia semua situasi ini, terutamanya apabila menjadi penjamin.

Semoga Anda Dengan Pasangan Tidak Terjebak Dengan Hutang Jahat!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen