Ketika Terpaksa Berdepan Kata-Kata Buruk Yang Meremahkan Anda, Ini Cara Untuk Bangkit Dari Rasa Sakit Hati Tersebut.

Oleh: Zuzu Yasmine

Saat kita jatuh kecewa berapa ramai yang akan berada disekeliling kita? Berapa ramai yang akan menghulurkan bantuan untuk membangkitkan semangat kita yang jatuh berkecai? Tidak ramai bukan? Orang kata kawan ketawa ini ramai dan mudah untuk dicari tetapi kawan untuk menangis bersama sukar untuk dicari.

Dalam kehidupan ini sentiasa berubah-ubah, hidup ini umpama roda, sekejap di atas sekejap dibawah.

Ketika kita berada diatas, pasti ramai yang ingin mendekat dan menghulurkan gelak ketawa bersama-sama dan berjanji untuk menangis bersama. Tetapi bila kita jatuh, berapa ramai yang masih setia di sisi?



Pahit dan perit itu pasti akan dirasai oleh kalian dan merasakan bahawa anda seolah-olah bersendirian di dunia ini. Bila berdepan dengan perkara sebegini, jangan cepat putus ada dan merasakan bahawa anda langsung tidak berguna. Apa jua yang sedang anda hadapi pasti ada penyelesaian yang boleh membantu anda untuk terus bangkit di hari depan.

Apabila anda terpaksa berdepan dengan mereka yang merendahkan, menyakiti serta tidak mengendahkan anda ketika hari susah anda. Mungkin tips di bawah ini berkesan untuk anda bangkit dari masalah hidup yang dihadapi.

1. Jadikan pembangkit semangat anda untuk kembali.

Kata-kata yang memalukan atau menyakitkan hati untuk jangan hanya dijadikan beban di hati anda sahaja. Anda perlu buktikan bahawa anda mampu mengubah hidup anda menjadi lebih baik. Sekiranya anda berjaya membuktikan bahawa anda mampu bangkit tanpa pertolongan dari mereka, pasti mereka sendiri akan tercabar dengan anda malah merasakan menyesal kerana tidak membantu anda dahulu. oleh itu, anda perlu berusaha untuk berjuang dahulu dan jangan pernah putus asa selagi tidak berjaya.

2. Jangan mudah ambil hati dengan kata-kata orang.

Elakkan orang yang menjatuhkan diri anda. Sekiranya anda perlu berjumpa dengan orang seperti ini jangan simpan segala katanya di dalam hati anda. Jangan terlalu memikirkannya serta kuatkan hati anda. Cari rakan-rakan yang boleh memberi sokongan serta menghormati anda dalam apa jua keadaan. Yakinlah, masih ada orang yang ikhlas, yang boleh menerima anda untuk siapa anda.

3. Tetap optimistik dan sentiasa berfikir secara positif.

Anda mesti pasti anda boleh melalui situasi yang tidak selesa ini. Percayalah bahawa keadaan ini hanya bersifat sementara. Yang penting ialah anda terus berusaha keras. Kata-kata negatif dari orang lain tidak akan menjejaskan anda. Anda mesti dapat membuktikan bahawa anda dapat mencapai kehidupan yang lebih baik sehingga kemudian mereka berhenti meremehkan anda. Sekiranya anda telah berjaya, mereka juga boleh menghargai ketabahan perjuangan anda.

Tidak mudah untuk telan segala kata-kata yang menyakitkan hati, tetapi pembalasan yang setimpal buat mereka yang sebegini bukan melakukan perkara yang sama tetapi lebih kepada kerjayaan dan kebahagiaan yang akan anda genggam.

Anda harus lebih kuat agar tidak jatuh ke dalam lubang yang lebih dalam lagi. Abaikan perkataan negatif yang menyakitkan hati anda.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen